Ratu Elizabeth cari pembantu rumah; tawar 'peluang kembangkan kemahiran dan kepakaran mengemas'
Anggaran Waktu Membaca:
Wang milik peribadi Ratu Elizabeth bernilai $13 juta dilaburkan dalam dana luar pesisir. (Gambar: AAP)
LONDON: Keluarga Diraja Britain mengeluarkan iklan bagi menggajikan seorang pembantu rumah profesional sebagai langkah memastikan kediaman pemegang takhta itu berada dalam keadaan terbaik sepanjang masa.
Memetik laporan akhbar Metro UK pada Rabu (26 Mei), pembantu rumah itu akan bekerja selama 40 jam seminggu sama ada di Istana Buckingham atau Istana Windsor.
Gaji yang ditawarkan adalah pada kadar £7.97 sejam (S$13.80), kurang £1.93 (S$3.30) berbanding kos sara hidup standard di Britain.
Sungguhpun demikian, pembantu rumah tersebut akan disediakan penginapan dan makanan oleh pihak istana.
Selain itu, antara faedah yang turut disediakan adalah 15 peratus skim pencen caruman majikan dan 33 hari cuti termasuk cuti umum, lapor Metro UK.
Iklan tersebut berbunyi: “Ini adalah laluan kerjaya dalam bidang hospitaliti yang akan mengembangkan kemahiran dan kepakaran mengemas anda.
“Sertai pasukan profesional kami, anda akan membersihkan dan menjaga pelbagai ruang dalaman dan barangan serta memastikan ia dipersembahkan dengan sebaik mungkin,” tulis iklan itu.
Mereka yang berminat tidak perlu mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan kerana majikannya iaitu Ratu Elizabeth sendiri lebih berminat dengan pendekatan proaktif dan keupayaan bakal kakitangannya untuk menangani cabaran baru, menurut Metro UK.
Orang ramai diberikan tempoh sehingga 19 Jun ini untuk membuat permohonan bagi jawatan tersebut dan mereka yang berjaya disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temu duga pada bulan Julai.

Sumber : Agensi berita/AW/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.