Ratu Britain Camilla alami jangkitan dada
Ratu Britain Camilla telah menarik diri daripada acara awam kerana mengalami jangkitan di dada.
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: PA)
LONDON: Ratu Britain Camilla telah menarik diri daripada acara awam kerana mengalami jangkitan di dada.
Demikian menurut Istana Buckingham pada Selasa (5 Nov).
Dalam satu kenyataan, jurucakap Istana menyatakan Ratu Camilla kini "sedang gering akibat jangkitan di dada".
Doktor telah menasihatkan beliau supaya berehat buat sementara waktu ini.
“Dengan rasa kesal, Ratu Camilla terpaksa menarik diri daripada acara-acara minggu ini tetapi amat berharap dapat pulih tepat pada masanya untuk menghadiri acara Peringatan pada hujung minggu ini seperti biasa,” kata kenyataan itu.
Tiada butiran lanjut didedahkan mengenai penyakit atau rawatan yang dijalani oleh Ratu Camilla.

Sumber : Bernama/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.