Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rasa tidak puas hati terhadap parti memerintah Taiwan memuncak jelang pilihan raya

Anggaran Waktu Membaca:
Rasa tidak puas hati terhadap parti memerintah Taiwan memuncak jelang pilihan raya

(Gambar: AP Photo/Chiang Ying-ying)

Diterbitkan : 24 Nov 2022 11:36PM Dikemas Kini : 24 Nov 2022 11:56PM
TAIPEI: Rasa tidak puas hati kian meningkat terhadap Parti Progresif Demokratik (DPP) yang memerintah di Taiwan, disebabkan ekonomi yang lembap dan ketegangan yang kian memuncak dengan China, boleh menjejas peluang parti tersebut dalam pilihan raya tempatan yang akan datang.
 
Kebanyakan penyokong DPP sudah beralih sokongan kepada pesaing utama parti tersebut, Kuomintang (KMT) dan parti-parti lain menjelang pilihan raya pada Sabtu (26 Nov), menurut satu tinjauan pendapat.

HUBUNGAN TEGANG DENGAN CHINA

Pilihan raya tersebut diadakan sedang hubungan dengan China semakin meruncing.

Pada awal Ogos, China mengadakan latihan tentera terbesarnya di sekitar Taiwan, menyusuli lawatan Dewan Speaker Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi ke kepulauan tersebut.

Tinjauan yang dijalankan baru-baru ini, mendapati bahawa latihan tersebut menyebabkan lebih daripada 70 peratus warga Taiwan merasakan bahawa peluang berlakunya konfrontasi ketenteraan dengan China meningkat dengan ketara.

Taktik DPP dalam mengetengahkan ancaman Beijing, terbukti berkesan semasa pilihan raya presiden 2020, apabila ia menang dengan majoriti mudah.

Namun, dengan ketegangan yang kian memuncak, para pengamat percaya bahawa retorik terhadap China tidak akan meraih sokongan pengundi.

EKONOMI LEMBAP

Pertumbuhan ekonomi yang lembap turut menjadi kebimbangan pengundi.

Di Pasar Bersepadu Huanhe South Road di tengah Taipei, misalnya, para peniaga menggesa pemerintah supaya mengutamakan kepentingan rakyat, dan bukannya keutamaan parti.

Seorang peniaga berkata: "Kuncinya adalah untuk merangsang ekonomi, bukan hanya menggunakan slogan kosong semasa kempen pilihan raya. Mereka perlu berinteraksi dengan orang biasa untuk memahami betapa sukarnya kehidupan mereka."

Orang dalam dari DPP menganggarkan bahawa sokongan untuk mereka di kawasan itu yang sekarang sebanyak 70 peratus sudahpun menjunam kepada kurang daripada 40 peratus.

Dengan Presiden Tsai Ing-wen dari DPP dikehendaki mengundurkan diri pada akhir penggalnya, keputusan pilihan raya hujung minggu ini mungkin akan membentuk semula landskap politik bagi tahun 2024, apabila pilihan raya presiden akan diadakan.
 
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan