Skip to main content

Dunia

Ranil Wickremesinghe angkat sumpah jawatan Presiden Sri Lanka

Anggaran Waktu Membaca:
 Ranil Wickremesinghe angkat sumpah jawatan Presiden Sri Lanka

Gambar: AFP/File/Ishara S. KODIKARA

Diterbitkan : 21 Jul 2022 02:36PM Dikemas Kini : 21 Jul 2022 02:38PM
COLOMBO: Encik Ranil Wickremesinghe mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden baru Sri Lanka di hadapan ketua hakim negara pada Khamis (21 Jul), menurut pejabat media presiden.

Encik Wickremesinghe memperoleh 134 undi dalam undian Parlimen tiga penjuru, pada Rabu (20 Jul) dengan lawan utamanya, Encik Dullas Alahapperuma, mendapat 82 undi dan Encik Anura Dissanayake yang berhaluan kiri hanya tiga undi.

Beliau menggantikan Encik Gotabaya Rajapaksa yang melarikan diri dari negara itu yang dilanda krisis dan meletak jawatan minggu lalu.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita