Rangkaian Internet Korea Utara alami gangguan besar-besaran
Anggaran Waktu Membaca:
Bandar Pyongyang di Korea Utara pada 7 September, 2018. (Gambar fail: REUTERS/Danish Siddiqui)
SEOUL: Rangkaian Internet Korea Utara mengalami gangguan besar-besaran pada Sabtu (7 Jun), menurut seorang penyelidik berpangkalan di Britain.
Beliau menambah gangguan itu mungkin dari dalaman dan bukannya serangan siber.
Laman berita utama Korea Utara dan laman Internet Kementerian Luarnya tidak boleh diakses pada pagi Sabtu, menurut pemeriksaan oleh Reuters.
"Gangguan besar-besaran kini berlaku terhadap rangkaian Internet Korea Utara - menjejas semua laluan tidak kira dari China atau Rusia," kata Junade Ali, seorang penyelidik berpangkalan UK yang memantau Internet Korea Utara.
Seluruh infrastruktur Internet Korea Utara juga tidak boleh dilihat pada sistem-sistem yang memantau aktiviti Internet, katanya.
"Sukar untuk dikatakan sama ada ia disengajakan atau berlaku secara tidak sengaja - namun ini kelihatan seperti satu tindakan dalaman dan bukannya serangan," katanya.
Para pegawai di pusat respons keganasan siber Korea Selatan, yang memantau kegiatan siber di Korea Utara, tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.