Rangkaian bekalan sejagat 'terjejas teruk' akibat dasar pelaburan AS, kata China
Anggaran Waktu Membaca:
BEIJING: China pada Khamis (10 Ogos) menyatakan satu dasar baharu Amerika Syarikat (AS) untuk menyekat pelaburan dalam teknologi China "menjejas teruk keselamatan rangkaian bekalan sejagat".
Seorang jurucakap Kementerian Perdagangan yang tidak dinamakan, berkata arahan eksekutif Presiden Joe Biden "menyimpang secara serius daripada ekonomi pasaran dan prinsip persaingan adil yang telah ditegakkan AS selama ini, dan menjejas keputusan operasi biasa syarikat, menganggu arahan perdagangan antarabangsa itu, dan menjejas teruk keselamatan rangkaian perindustrian dan bekalan sejagat".
"China menyuarakan kebimbangan serius berhubung hal ini dan mempunyai hak untuk mengambil langkah," tekan jurucakap tersebut dalam satu kenyataan yang diterbitkan oleh kementerian itu, tanpa menyatakan sebarang langkah tindak balas yang tertentu.
Langkah tersebut mampu meningkatkan ketegangan antara kedua-dua ekonomi terbesar dunia.
Sementara itu, Kedutaan China di Washington menyatakan ia "sangat kecewa" oleh langkah tersebut. Seorang jurucakap kedutaan China di Washington menambah bahawa Rumah Putih tidak mengambil kira "kenyataan berulang China mengenai kembimbangan mendalamnya" berhubung rancangan tersebut.
Lebih 70,000 syarikat AS melakukan perniagaan di China, menurut jurucakap tersebut.
Sekatan itu akan menjejas kedua-dua perniagaan China dan AS, campur tangan dengan kerjasama biasa dan menyebabkan keyakinan pelabur di AS, tambahnya.

Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.