Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rangka manusia ditemui di Australia adalah warga Malaysia

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Rangka manusia yang dijumpai dekat Bathurst, New South Wales, Australia, pada Ahad (3 Apr) disahkan sebagai warga Malaysia yang dipercayai dibunuh lebih setahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata hasil semakan mendapati mangsa merupakan lelaki berusia 25 tahun dari Sarawak, yang memasuki Australia pada November 2016 menggunakan visa pelancong.

Beliau berkata lelaki itu dipercayai ditawarkan menjadi pekerja ladang oleh satu sindiket warga asing yang disyaki terlibat dengan dadah.

“Siasatan masih diteruskan oleh pihak berkuasa Australia dan sebarang perkembangan siasatan akan dimaklumkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan semalam (5 Apr).

PDRM turut menyeru semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi bagi mengelak timbul sebarang kekeliruan kepada masyarakat berhubung kes itu.

Sebelum ini, media Australia melaporkan mayat seorang lelaki yang dikenali sebagai “Jacky” Kai Wong Chong ditemukan pada 3 April lalu, pukul 3.30 petang, dan polis negara itu percaya lelaki berkenaan dibunuh antara 25 Disember 2020 dengan 8 Januari 2021.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan