Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rang undang-undang larang ahli dewan rakyat lompat parti dibentang 18 Jul

Draf Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 dan Mengenai Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti dimuktamadkan hari ini (13 Jul) dan dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada 18 Julai nanti.

Anggaran Waktu Membaca:
Rang undang-undang larang ahli dewan rakyat lompat parti dibentang 18 Jul

Gambar fail bangunan Parlimen Malaysia. (Gambar: Bernama)


KUALA LUMPUR: Draf Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 dan Mengenai Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti dimuktamadkan hari ini (13 Jul) dan dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada 18 Julai nanti. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata rang undang-undang berkenaan dicadang untuk dibahaskan pada 27 dan 28 Julai, tertakluk kepada budi bicara Yang Dipertua Dewan Rakyat.

"Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 dan Mengenai Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti serta penyata (laporan) daripada jawatankuasa pilihan khas tersebut akan dibentangkan atau diletakkan di atas meja Ahli Dewan Rakyat di Parlimen pada 18 Julai 2022.

"Penyata dan pindaan perlembagaan itu akan dijadikan rujukan kepada semua Ahli Dewan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Dr Wan Junaidi berkata perkara tersebut diputuskan hari ini dalam mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 dan Mengenai Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti Bil. 6 2022.

Selain itu, beliau berkata mesyuarat juga mencadangkan garis masa libat urus Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang dan Jabatan Peguam Negara (AGC) bersama Ahli Dewan Rakyat kerajaan diadakan 25 Julai manakala libat urus bersama Ahli Dewan Rakyat pembangkang pula pada 26 Julai.

"Garis masa itu juga mencadangkan agar sesi libat urus bersama Ahli Dewan Negara diadakan pada 8 Ogos 2022 dan bacaan kali pertama di Dewan Negara pada 9 Ogos 2022, diikuti bacaan kedua pada 10 Ogos 2022," katanya.

Dr Wan Junaidi menambah setelah mendapat kelulusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara, rang undang-undang berkenaan akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong antara 11 hingga 26 Ogos untuk diperkenankan dan pewartaannya dijangka dilaksanakan antara 29 Ogos hingga 2 September ini.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan