Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rang undang-undang Hong Kong di Washington buat China naik berang

China memberi amaran ia akan bertindak balas keras jika Presiden Amerika Syarikat Donald Trump meluluskan undang-undang Akta Hak Asasi Manusia dan Demokrasi Hong Kong. 

Anggaran Waktu Membaca:
Rang undang-undang Hong Kong di Washington buat China naik berang

Seorang penunjuk perasaan antipemerintah memegang bendera Amerika Syarikta di satu perhimpunan di Universiti Hong Kong, China, pada 20 Sep 2019. (Gambar: Jorge Silva/REUTERS)

Diterbitkan : 20 Nov 2019 06:32PM Dikemas Kini : 20 Nov 2019 06:33PM

HONG KONG: China memberi amaran ia akan bertindak balas keras jika Presiden Amerika Syarikat Donald Trump meluluskan undang-undang Akta Hak Asasi Manusia dan Demokrasi Hong Kong.

Ini sebagai respons kepada keputusan sebulat suara Dewan Senat Amerika untuk meluluskan rang undang-undang yang bertujuan menunjukkan sokongan kepada para penunjuk perasaan di Hong Kong.

Beijing sudahpun memanggil diplomatnya ke Amerika Syarikat berhubung rang undang-undang tersebut.

Pemerintah Hong Kong menyatakan penggubalan undang-undang tersebut tidak perlu dan tidak wajar. Ia melahirkan rasa kesal yang mendalam terhadap penggubalan undang-undang tersebut sambil menyatakan bahawa ia akan memburukkan lagi hubungan dua hala serta kepentingan bersama.

Dalam satu kenyataan, jurucakap kementerian luar China Geng Shuang menggesa Amerika Syarikat untuk berhenti masuk campur dalam urusan dalaman China dan Hong Kong.

Encik Geng memberi amaran jika Amerika berdegil, China akan mengambil langkah tegas untuk menentangnya bagi melindungi kedaulatan, keselamatan serta kepentingan pembangunan China.

Jika rang undang-undang itu diluluskan, ia akan merintis jalan bagi tindakan diplomatik serta sekatan ekonomi terhadap pemerintah Hong Kong.

Para ahli Kongres Amerika juga meluluskan rang undang-undang kedua yang mengharamkan eksport peralatan senjata seperti gas pemedih mata dan peluru getah kepada polis Hong Kong.

Peralatan sedemikian digunakan oleh para pegawai keselamatan untuk cuba menangani bantahan yang masih berlarutan di Hong Kong.

Rumah Putih belum lagi mengesahkan sama ada Encik Trump akan menandatangani atau tidak rang undang-undang Hak Asasi Manusia Hong Kong itu. 

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan