Skip to main content

Dunia

Rang Undang-Undang hadkan tempoh jawatan PM dibentang di parlimen tahun ini: PM Anwar

Rang Undang-Undang (RUU) bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri Malaysia kepada tidak melebihi 10 tahun atau dua penggal penuh akan dibentangkan pada sesi Parlimen kali ini.
Anggaran Waktu Membaca:
Rang Undang-Undang hadkan tempoh jawatan PM dibentang di parlimen tahun ini: PM Anwar
Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim berucap ketika menghadiri satu persidangan perniagaan dan pelaburan sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif, di Kuala Lumpur, Malaysia, pada 6 Oktober 2025. (Gambar fail: REUTERS/Hasnoor Hussain)
PUTRAJAYA: Rang Undang-Undang (RUU) bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri Malaysia kepada tidak melebihi 10 tahun atau dua penggal penuh akan dibentangkan pada sesi Parlimen kali ini.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata RUU itu merupakan antara empat perundangan baharu yang akan dibentangkan sebagai hala tuju Parlimen tahun ini.

“Semua jawatan mempunyai had tempoh. KSN (Ketua Setiausaha Negara) pun tidak boleh menjawat lebih daripada sepuluh tahun, dan prinsip yang sama terpakai kepada semua. Sekiranya seseorang diberikan tempoh tertentu dan berjaya melaksanakan tanggungjawab, selepas itu adalah wajar menyerahkan kepada generasi seterusnya.

“Ini juga terpakai kepada Jabatan Perdana Menteri. Oleh itu, kita akan membentangkan RUU yang mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada tidak melebihi 10 tahun atau dua penggal penuh,” kata Encik Anwar.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Amanat Tahun 2026 pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, pada Isnin (5 Jan).
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita