Skip to main content

Dunia

Rang undang-undang berkaitan bantahan anti pemerintah Hong Kong dibahaskan

 Majlis Perundangan mula membahaskan rang undang-undang berkaitan dengan bantahan anti pemerintah hari ini (4 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Rang undang-undang berkaitan bantahan anti pemerintah Hong Kong dibahaskan

Pemandangan latar langit Hong Kong. (Gambar: (Photo: Anthony WALLACE/AFP)

Diterbitkan : 04 Dec 2019 05:42PM Dikemas Kini : 04 Dec 2019 05:45PM

HONG KONG: Majlis Perundangan mula membahaskan rang undang-undang berkaitan dengan bantahan anti pemerintah hari ini (4 Dis).

Agenda utamanya membahaskan kemungkinan menubuhkan sebuah jawatankuasa bebas untuk menyiasat dakwaan bahawa Ketua Eksekutif, Carrie Lam telah melanggar undang-undang dan cuai dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

Selain itu parlimen Hong Kong itu juga menimbangkan kemungkinan meluluskan usul mencela dua anggotanya yang pro-demokrasi, Cheng Chung-tai dan Lam Cheuk-ting serta seorang anggota pro-Beijing, Junius Ho.

Dalam pada itu, pemimpin Hong Kong, Carrie Lam, berkata sokongan yang diberikan oleh badan perundangan Amerika Syarikat (AS) terhadap penunjuk perasaan, boleh menjejas keyakinan golongan peniaga terhadap hab kewangan itu.

Menurut Cik Lam, tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangani Akta Demokrasi dan Hak Asasi Manusia Hong Kong pada minggu lalu, adalah satu langkah yang tidak perlu.

Bantahan pro-demokrasi yang berlarutan selama hampir enam bulan memberi kesan kepada ekonomi Hong Kong, dan ia berdepan dengan kemelesetan pertama dalam tempoh satu dekad.

Sumber : Agensi berita/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita