Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti M'sia bakal dibentang minggu ini

Anggaran Waktu Membaca:
Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti M'sia bakal dibentang minggu ini

Gambar fail bangunan Parlimen Malaysia. (Gambar: Bernama)

SHAH ALAM: Dewan Rakyat Malaysia bersidang pada Isnin (18 Jul) menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 yang mungkin diadakan pada bila-bila masa saja.

Sesi Parlimen kali ini akan berlangsung selama 12 hari.

Kos sara hidup yang kian meningkat serta memastikan harga barangan dalam kemampuan rakyat adalah antara isu utama yang dibincangkan.

Satu lagi yang dinantikan-nantikan juga adalah Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti.
Rang undang-undang itu bertujuan untuk mengekalkan kestabilan politik di Malaysia dengan mencegah para ahli parlimen daripada bertukar-tukar parti.

Majoriti dua pertiga diperlukan bagi rang undang-undang tersebut dikuatkuasakan.

Sebelum ini, 39 ahli Parlimen menukar parti sekaligus membawa cabaran kepada kestabilan politik di Malaysia.

"Sebelum ini apabila kita lihat di Parlimen, cabarannya adalah pihak pembangkang. Tidak kira kerajaan mana anda berada, lazimnya pihak pembangkang tetapi sekarang cabarannya adalah antara kami sendiri," ujar Menteri Undang-Undang Malaysia, Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

"Jadi sekarang cabarannya lebih sukar untuk ditangani tetapi selepas dua mesyuarat yang diadakan, semua bersetuju dengan perkara ini dan kami boleh meneruskannya. Itulah sebabnya mengapa saya berani mengatakan kami boleh membentangkannya menjelang minggu pertama sidang Parlimen," tambah beliau.
Sumber : Agensi berita/RU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan