Rancangan larang pelancong daki gunung di Bali masih dibincangkan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Sonny Tumbelaka)
JAKARTA: Rancangan untuk melarang orang ramai daripada mendaki gunung di Bali menyusuli laporan kelakuan buruk di tempat-tempat yang dipercayai adalah tapak-tapak suci masih dibincangkan, dedah Menteri Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Sandiaga Uno.
Encik Uno berkata demikian di sidang media pada Isnin (12 Jun) menyusuli pengumuman Gabenor Bali I Wayan Koster pada akhir Mei untuk melarang pelawat mendaki gunung di pulau peranginan itu.
Larangan itu turut dikenakan terhadap masyarakat tempatan, pelancong dari bahagian lain Indonesia, serta para pelawat dari luar negara. Encik Koster berkata larangan itu tidak termasuk mereka yang mendaki gunung untuk tujuan keagamaan dan ritual.
Sungguhpun demikian, Encik Uno pada Isnin berkata bahawa pihak berkuasa belum lagi membuat keputusan muktamad berhubung rancangan tersebut.
Ini selepas terdapat kebimbangan masyarakat tempatan dan pemilik perniagaan di Bali yang bergantung kepada pergunungan mungkin kehilangan sumber mata pencarian akibat larangan yang disarankan itu.
Berucap di sidang media yang sama, ketua pelancongan Bali Tjokorda Bagus Pemayun berkata larangan itu disarankan kerana pulau yang majoriti penduduknya beragama Hindu mempunyai tapak-tapak suci dan mereka mahu memeliharanya.
Rancangan untuk melarang orang ramai daripada mendaki gunung di Bali dibuat setelah Encik Koster mengeluarkan surat pekeliling pada hujung Mei yang mengandungi perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh para pelancong yang melawat pulau itu.
Ia diumumkan selepas beberapa insiden yang melibatkan warga asing tidak menghormati budaya dan undang-undang tempatan mencetuskan kemarahan para penduduk.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.