Rancangan besar untuk tarik pelancong ke Pantai Lido diumumkan
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Agensi berita
JOHOR BAHRU: Pembukaan semula Pantai Lido patut diiringi dengan beberapa prasarana dan tarikan umum, supaya ia boleh menjadi satu destinasi pelancong di Johor Bahru.
Setiausaha Persatuan Peniaga Kecil Johor Baru, Mohammad Salezan Mohd Salleh berkata pantai tersebut sebelum ini merupakan sebuah kawasan rekreasi sedekad lalu sebelum ia ditutup kepada khalayak umum.
"Kami berharap ia akan menjadi sebuah tempat di mana keluarga dan rakan-rakan boleh menghabiskan masa mereka bersama seperti mereka pernah lakukan sebelum ini," katanya apabila dihubungi, dipetik daripada The Star.
"Tetapi pada masa yang sama, orang ramai patut dinasihati untuk memastikan kebersihan pantai tersebut sebelum mana-mana prasarana lain diperkenalkan."
Berhubung perkara lain pula, Encik Mohammad Salezan mendedahkan bahawa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sedang dalam proses memindahkan Bazaar Karat dari Jalan Sengget ke sebuah lokasi baharu berdekatan dengan Pusat Maklumat Pelancongan Johor.
"Lokasi sedia ada tidak sesuai memandangkan ia tidak dapat lagi menampung bilangan besar penjaja, iaitu sekitar 400.
"Jadi majis bandaraya itu telah memutuskan untuk memindahkan kami ke lokasi lebih besar," ujarnya, sambil menambah bahawa ia merupakan langkah baik dalam menjadikan Johor Bahru sebuah bandar antarabangsa.
Pengerusi Persatuan Pemandu Pelancong Johor, Jimmy Leong berkata pantai tersebut patut dijadikan ruang meletak kereta bagi mengurangkan kesesakan di bandar tersebut.
"Saya rasa apa yang diperlukan Johor Bahru adalah lebih banyak ruang meletak kereta, di samping perkhidmatan ulang-alik untuk membawa orang ramai dari tempat letak kereta ke destinasi mereka," katanya, lapor The Star.
"Buat masa ini, perkhidmatan ulang-alik hanya disediakan di Danga Bay tetapi ia boleh diperluaskan ke kawasan-kawasan lain.
"Pantai itu ditutup untuk sekian lamanya. Sudah tiba masanya ia dibuka semula supaya ia boleh menjana pendapatan penduduk setempat."
Datuk Bandar Johor Bahru, Noorazam Osman menarik perhatian bahawa pembukaan semula Pantai Lido bertepatan dengan inisiatif pemerintah negeri Johor Bersih, yang diperkenalkan Menteri Besar Johor Bahru Onn Hafiz Ghazi.
"Kami mahu membina sebuah bandar yang selesa, bersih dan mampan, dan untuk berbuat demikian, kami memerlukan setiap pihak berkepentingan untuk memainkan peranan mereka dalam mempertingkatkan prasarana tersebut."
Beberapa usaha akan segera dilaksana sebagai sebahagian daripada persiapan bagi pembukaan semula pantai tersebut termasuk menghapuskan regangan penimbunan.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.