Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS rancang bina kompleks diplomatik di tanah Palestin

Amerika Syarikat (AS) merancang untuk membina sebuah kompleks diplomatik di hartanah privet yang disita daripada warga Palestin di Timur Baitulmakdis yang diduduki Israel, dedah sebuah pertubuhan hak asasi pada Ahad (10 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
AS rancang bina kompleks diplomatik di tanah Palestin

Gambar hiasan kawasan di sekitar Baitulmakdis. (Gambar: THOMAS COEX/AFP)

ANKARA: Amerika Syarikat (AS) merancang untuk membina sebuah kompleks diplomatik di hartanah privet yang disita daripada warga Palestin di Timur Baitulmakdis yang diduduki Israel, dedah sebuah pertubuhan hak asasi pada Ahad (10 Jul).

Dalam satu kenyataan, Pusat Undang-undang bagi Hak Asasi Minoriti Arab (Adalah) di Israel menyatakan ia menemui bukti baru bahawa tanah tempat kompleks diplomatik itu dijangka dibina - di bawah sebuah rancangan bersama AS-Israel - terletak di hartanah privet yang dirampas daripada penduduk Palestin, lapor Agensi Anadolu.

"Tanah di mana Pekarangan Diplomatik AS dijangka dibina didaftarkan di bawah nama Negara Israel tetapi ia disita secara haram daripada pelarian Palestin serta penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal dalam negeri, menggunakan Undang-undang Harta Orang Tidak Hadir Israel 1950," menurutnya.

Menyentuh tentang lawatan Presiden AS Joe Biden ke Israel yang akan datang, Adalah menyatakan keturunan pemilik asal hartanah itu, termasuk warga AS dan penduduk Palestin di Timur Baitulmakdis, menuntut "pembatalan serta-merta rancangan itu."

"Jika dibina, pekarangan kedutaan AS akan terletak di tanah yang dirampas daripada warga Palestin, yang melanggar undang-undang antarabangsa," tambah kenyataan tersebut.

Encik Biden dijadualkan tiba di Israel pada 13 Julai sebagai sebahagian daripada lawatan kerja beliau yang termasuk bandar Ramallah di Tebing Barat dan Arab Saudi.
Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan