Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rancang bakar al-Quran; Turki panggil duta Sweden

Anggaran Waktu Membaca:
Rancang bakar al-Quran; Turki panggil duta Sweden

Duta Sweden Staffan Herrstrom. (Gambar: Facebook/Kedutaan Sweden di Ankara)

ANKARA: Turki pada Jumaat (20 Jan) memanggil duta Sweden ke Ankara susulan rancangan untuk membakar al-Quran berhampiran Kedutaan Turki di Stockholm.

Menurut sumber diplomatik Turki, duta itu Staffan Herrstrom telah dimaklumkan mengenai pendirian Turki yang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan provokatif tersebut yang jelas satu perbuatan jenayah kebencian dan tindakan itu juga tidak boleh diterima.

Ankara berharap rancangan berkenaan tidak diteruskan. 

Membenarkan aktiviti propaganda yang sedang dirancang oleh pihak bersekutu PKK di Stockholm jelas sudah melanggar perjanjian tiga pihak, lapor Agensi Anadolu memetik sumber.

Ketua parti sayap kanan Denmark Stram Kurs, Rasmus Paludan dikatakan sudah menerima kebenaran untuk membakar al-Quran di luar Kedutaan Turki di Stockholm, menurut polis Stockholm. 

Minggu lalu, Turki meminta Sweden mengenakan tindakan terhadap kumpulan pengganas selepas tunjuk perasaan di Stockholm yang menyaksikan penunjuk perasaan memuat naik rakaman provokasi serta ancaman sebagai bantahan terhadap Turki dan Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Sweden dan Finland secara rasmi memohon untuk menyertai NATO Mei lalu.

Bagaimanapun, Turki yang juga ahli NATO selama lebih 70 tahun menyuarakan bantahan dan mendakwa kedua-dua negara menyokong kumpulan pengganas termasuk PKK dan Pertubuhan Fetullah (FETO).

Pada Jun lalu, Turki dan kedua-dua negara Nordik itu menandatangani memorandum pada sidang puncak NATO untuk menangani kebimbangan keselamatan Ankara, merintis jalan bagi menjadi ahli dalam perikatan itu.
Sumber : Bernama/SU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan