Rampasan jam tangan 'LGBTQ'; Swatch fail saman terhadap kerajaan M'sia
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: Reuters/Denis Balibouse)
KUALA LUMPUR: Pengeluar jam tangan Switzerland, Swatch memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia dan pegawai Kementerian Dalam Negeri, susuli rampasan jam tangan siri 'Pride Collection' pada Mei lalu.
Menurut laporan Malay Mail, Swatch menuntut pampasan dan pemulangan 172 jam tangan yang dirampas bernilai RM64,795 (S$18,900).
Dalam tuntutan mahkamah yang difailkan pada 24 Jun, Swatch dilaporkan berkata bahawa ia memohon Mahkamah Tinggi mengeluarkan perintah agar semua jam tangan yang dirampas dikembalikan dalam tempoh lima hari selepas perintah itu dikeluarkan.
Ia juga menamakan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Setiausaha bahagian penguatkuasaan Kementrian Dalam Negeri, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia selaku responden pertama hingga keempat.
Media tempatan sebelum ini memetik sumber kerajaan sebagai berkata bahawa jam tangan itu disita kerana mempunyai huruf 'LGBTQ' di permukaannya.
"Kami merampas ratusan jam tangan den kesemuanya mempunyai huruf 'LGBTQ' di permukaan jam itu," kata sumber yang dipetik Free Malaysia Today (FMT).
Jam tangan yang dirampas itu adalah sebahagian daripada koleksi 'Pride' Swatch dan menampilkan enam daripada tujuh warna pelangi yang menyerupai salah satu simbol masyarakat LGBT.
Menurut Malay Mail, merujuk kepada dokumen mahkamah, Swatch mendakwa dalam tuntutannya bahawa pegawai Kementerian dalam Negeri telah bertindak secara tidak rasional dan tidak sah.
Tindakan mereka juga didakwa tidak seimbang serta untuk tujuan yang tidak wajar.
Swatch berkata bahawa ia tidak diberi notis awal berhubung sebarang aduan mahupun tindakan terhadap jam tangan itu, sambil menambah bahawai ia tidak diberi peluang menjelaskan sebelum rampasan dilakukan.
Swatch juga berhujah bahawa jam tangan yang dirampas itu tidak menyebabkan sebarang gangguan kepada ketenteraman awam atau moral atau sebarang pelanggaran undang-undang. Tiada insiden atau gangguan berlaku sejak reka bentuk lama dijual di Malaysia pada Jun 2022, ujar jenama itu seperti dipetik Malay Mail.

Swatch juga mendakwa tindakan responden dilakukan atas motif politik yang tidak wajar, mengambil kira pilihan raya Dewan Undangan Negeri akan datang di beberapa negeri penting.
Ia mendakwa menteri sedang mencari pengiktirafan Islam bagi tujuan politik.
Kes itu dijadualkan dihadapkan di Mahkamah Tinggi pada Khamis (20 Jul).

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.