Skip to main content

Dunia

AS rampas kapal tangki milik warga S'pura langgar sekatan terhadap Korea Utara

Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) menyita sebuah kapal tangki minyak milik Singapura yang menghantar produk-produk petroleum ke Korea Utara.

Anggaran Waktu Membaca:
AS rampas kapal tangki milik warga S'pura langgar sekatan terhadap Korea Utara

Kapal tangki minyak M/T Courageous milik seorang warga Singapura. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 31 Jul 2021 05:24PM Dikemas Kini : 31 Jul 2021 05:27PM

WASHINGTON: Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) menyita sebuah kapal tangki minyak milik Singapura yang menghantar produk-produk petroleum ke Korea Utara.

Perbuatan itu melanggar sekatan-sekatan antarabangsa.

DOJ menyatakan pihak berkuasa Kemboja menyita kapal M/T Courageous pada Mac tahun lalu berdasarkan satu waran Amerika Syarikat.

Kapal tangki itu didakwa dimiliki dan dikendalikan oleh Kwek Kee Seng, seorang warga Singapura yang sedang diburu pihak berkuasa.

Dia dituduh berkomplot untuk mengelakkan sekatan ekonomi terhadap Korea Utara serta melakukan pengubahan wang haram.

Menurut DOJ lagi, antara Ogos hingga Disember 2019, kapal tangki itu melakukan pemindahan minyak dari kapal ke kapal bernilai lebih AS$1.5 juta (S$2.03 juta) ke sebuah kapal Korea Utara.

Korea Utara dikenakan sekatan antarabangsa berhubung program senjata nuklear dan peluru berpandu balistik negara itu.

Sekatan tersebut meliputi import minyak serta barangan lain. 

Sumber : Reuters/MU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita