Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ramos-Horta Presiden Timor Leste buat kali kedua

Anggaran Waktu Membaca:
Ramos-Horta Presiden Timor Leste buat kali kedua

(Gambar: Valention Dariel Sousa/AFP)

JAKARTA: Pemenang Hadiah Keamanan Nobel Jose Ramos-Horta mengangkat sumpah sebagai Presiden Timor Leste awal pagi ini (20 Mei) bagi penggal antara 2022 hingga 2027. 

Ini merupakan kali kedua Encik Ramos-Horta memimpin negara termuda Asia Tenggara itu. 

Encik Ramos-Horta, 72 tahun, juga merupakan salah seorang pengasas Timor Leste. Upacara angkat sumpah itu diadakan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Timor Leste, yang jatuh pada 20 Mei, lapor agensi berita Xinhua. 

Encik Ramos-Horta menyandang jawatan sebagai Presiden Timor Leste antara 2007 hingga 2012. 

Beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai perdana menteri negara tersebut antara 2006 hingga 2007. Pencalonannya Encik Ramos-Horta sebagai presiden baru Timor Leste disokong oleh Parti Kongres Nasional Rekonstruksi Timor Leste (CNRT) dan Encik Xanana Gusmao, presiden pertama negara itu yang juga ketua Parti CNRT. 

Dalam ucapannya semasa mengangkat sumpah, Encik Ramos-Horta berkata, beliau akan mengutamakan hubungan dua hala dengan negara jiran Indonesia dan Australia. 

Beliau juga meluahkan hasratnya untuk memperkukuh dan memperluaskan hubungan dan kerjasama perdagangan dengan China dalam pelbagai sektor, termasuk teknologi baru,tenaga boleh diperbaharui dan pendigitalan. 

Encik Ramos-Horta juga menzahirkan harapannya agar Timor Leste boleh menjadi anggota ASEAN yang ke-11 apabila Indonesia menjadi pengerusi ASEAN pada 2023 kelak. 

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan