Ramalan tidak tepat, Hungary pecat ketua agensi cuaca
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: FERENC ISZA / AFP)
BUDAPEST: Pemerintah Hungary pada Isnin (22 Ogos) memecat ketua perkhidmatan ramalan cuaca negara itu dan timbalannya, dua hari selepas pertunjukan bunga api besar-besaran untuk meraikan cuti umum kebangsaan ditangguhkan kerana bimbang cuaca buruk.
Menteri Teknologi, Laszlo Palkovics memecat Kornelia Radics dan timbalannya, Gyula Horvath, yang berkhidmat di Agensi Meteorologi Kebangsaan (NMS) kerana tiada cuaca buruk berlaku pada hari kejadian.
Kementerian itu tidak memberikan ulasan lanjut, dan panggilan telefon AFP tidak dijawab.
Namun, pengumuman itu dibuat sehari selepas media propemerintahn mengkritik NMS, kerana membuat ramalan akan berlaku ribut petir dan tiupan angin kencang yang menyebabkan pembatalan pertunjukan bunga api, Sabtu lalu.
Akhbar online Origo menyatakan agensi itu memberikan "maklumat yang mengelirukan mengenai tahap cuaca buruk, yang kemudian mengelirukan pasukan operasi yang bertanggungjawab untuk keselamatan."
Agensi NMS memohon maaf pada Ahad, memetik faktor ketidakpastian yang wujud dalam tugas meteorologi."
Pertunjukan bunga api itu yang dikatakan "yang terbesar di Eropah", adalah bagi meraikan ulang tahun 1,000 tahun Hungary dan dijadualkan semula pada hujung minggu ini.
Pihak pembangkang sebelum ini menggesa ia dibatalkan dan mengecamnya sebagai "pembaziran wang yang tidak berguna" ketika negara itu sedang bergelut dengan kemelesetan ekonomi.
Pada 2006, kemeriahan festival itu bertukar menjadi tragedi apabila ribut ganas meragut lima nyawa dan mencederakan ratusan yang lain.
Insiden itu mencetuskan panik dalam kalangan lebih sejuta orang yang berkumpul di tebing sungai Danube untuk menonton pertunjukan tersebut.

Sumber : Agensi berita/SU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.