Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ramalan hujan berterusan di Arab Saudi hingga 3 Jan; amaran cuaca dikeluarkan di Jeddah

Anggaran Waktu Membaca:

JEDDAH: Pusat Kaji Cuaca Nasional (NCM) Arab Saudi meramalkan hujan di kebanyakan kawasan di Arab Saudi berlarutan hingga Selasa (3 Jan). 

Saudi Gazette menukil Jurucakap NCM, Hussein Al-Qahtani, berkata hujan mencurah-curah diiringi angin kencang, hujan bantu, habuk, jarak penglihatan yang rendah dan ombak besar di bandar-bandar berdekatan pantai.

Beliau menarik perhatian bahawa amaran hujan sudahpun dikeluarkan kepada banyak bandar di kawasan Makkah, termasuk Jeddah, Rabigh dan Taif. 

Hujan diramal melanda Riyadh, Al-Qassim dan Al-Baha. 

Dalam pada itu, NCM turut meningkatkan tahap amaran hujan di Jeddah pada lewat Khamis (29 Dis). 

Amaran cuaca kekal aktif sehingga pukul 11.00 pagi Jumaat (30 Dis). 

Beberapa penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah ditangguhkan disebabkan "keadaan cuaca". 

Pusat pengurusan krisis dan bencana di Makkah menekankan betapa orang ramai harus kekal duduk di rumah sepanjang tempoh amaran NCM, kecuali bagi urusan penting lapor Saudi Gazette.

"Orang ramai harus berjaga-jaga dan tidak menghampiri tempat-tempat di mana air hujan bertakung demi keselamatan mereka," menurut NCM. 

Majlis Perbandaran Jeddah sudahpun mempersiapkan peralatan dan tenaga kerjanya untuk menangani sebarang kecemasan akibat hujan. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan