Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ramai teruja Agong, Permaisuri muncul di restoran makanan segera untuk santap ayam goreng

Anggaran Waktu Membaca:
SHAH ALAM: Ramai yang teruja dengan kehadirannya di khalayak, sinonim dengan sifat sopan dalam menyantuni rakyat, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah secara mengejut mengunjungi restoran KFC Petronas Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur untuk menikmati santapan tengah hari di restoran tersebut.

Pasangan itu berangkat bersama anak serta cucu mereka, seperti dinukil daripada Sinar Plus.

Menerusi laman sosial rasmi Istana Negara, dikongsikan gambar kedua-duanya memesan santapan tengah hari di kaunter seperti rakyat biasa.

Selepas memesan, keluarga diraja itu menikmati sajian ayam goreng di restoran berkenaan.

Malah Al-Sultan Abdullah turut menikmati hidangan di restoran tersebut bersama pengunjung yang lain, lapor Sinar Plus.
Gambar: Agensi Berita
Selesai makan, mereka kemudian meluangkan masa bertanya khabar dan beramah mesra dengan beberapa pengunjung restoran serta mengambil gambar bersama pengunjung.

Pasangan diraja itu tidak asing lagi dengan kemunculan mereka di tempat awam.

Terdahulu kedua-duanya sering kali turun padang melawati pusat pemindahan sementara mangsa banjir dan mesra menyapa rakyat jelata.

Warga maya rata-rata teruja melihat kedua-dua figura berpengaruh itu begitu merendah diri muncul di restoran makanan segera.

“Terima kasih Tuanku belanja KFC tadi. Semoga dimurahkan rezeki,” ujar seorang netizen.

“Sangat merendah diri biarpun dari kerabat diraja, daulat tuanku,” tulis warga net lain.

Ada juga netizen yang terkejut dengan kehadiran Agong di restoran makanan segera itu, “Berpakaian nampak macam orang biasa, siapa tidak terkejut? Daulat Tuanku.”
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan