Ramai pihak tarik diri dari persidangan pelaburan Saudi ekoran kes pembunuhan Khashoggi
Tekanan ke atas Arab Saudi berhubung kematian wartawan Jamal Khashoggi semakin meningkat dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menarik balik kenyataannya yang menyifatkan pengakuan Riyadh terhadap kes tersebut sebagai "boleh dipercayai".
RIYADH: Tekanan ke atas Arab Saudi berhubung kematian wartawan Jamal Khashoggi semakin meningkat dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menarik balik kenyataannya yang menyifatkan pengakuan Riyadh terhadap kes tersebut sebagai "boleh dipercayai".
Sebagai tindak balas, lebih ramai pihak pula menarik diri daripada satu persidangan pelaburan di Riyadh, minggu depan.
Presiden Trump kini berkata beliau tidak berpuas hati dengan penjelasan Arab Saudi mengenai keadaan berhubung kematian Jamal Khashoggi. Namun, beliau tetap mempertahankan hubungan strategik Washington dengan Riyadh.
"Tidak saya tidak berpuas hati sehingga kita temui jawapan tetapi ia adalah satu langkah pertama yang besar," kata Presiden Trump.
Menurut Presiden Trump lagi, Amerika mempunyai perjanjian AS$450 bilion (S$619 bilion) dengan Saudi di mana AS$110 bilion (S$151 bilion) daripadanya merupakan tempahan peralatan tentera yang melibatkan lebih sejuta pekerjaan.
Lantas ia tidak membantu jika Amerika membatalkan perjanjian tersebut.
New Zealand menjadi negara terkini yang mengecam pembunuhan wartawan Khashoggi dan mengumumkan tiada pegawainya yang akan menghadiri sidang pelaburan di Riyadh, minggu depan.
Kanada, Perancis dan Jerman juga membidas Saudi. Australia turut berundur daripada menyertai persidangan di Riyadh itu.
Dalam pada itu, Turki berikrar mendedahkan semua butiran berhubung kematian di Konsulat Saudi di Istanbul itu. Pihak berkuasa juga bertekad untuk tidak merahsiakan semua siasatannya.
Media Turki sebelum ini mendedahkan terdapat rakaman audio tentang pembunuhan wartawan Saudi itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.