Ramai muka baru dalam Majlis Pimpinan Pusat PKR
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Bernama
MALAYSIA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan secara rasmi para anggota Majlis Pimpinan Pusat yang baru pada Ahad (17 Jul) iaitu hari terakhir Kongres Nasional ke-16 parti berkenaan.
Pengumuman tersebut menyusuli pengundian yang dilakukan pada Mei lalu.
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim kekal sebagai Presiden PKR tetapi parti tersebut mempunyai Timbalan Presiden yang baru.
Ramai muka baru dalam pucuk pimpinan baru PKR dan mereka diharap dapat memimpin parti itu dalam Pilihan Raya Umum Malaysia ke-15 (PRU15) yang perlu diadakan selewat-lewatnya pertengahan tahun depan.
Berucap di Kongres Nasional PKR Anwar yang menang tanpa bertanding sebagai Presiden parti berkata para anggota perlu bersatu untuk mencapai matlamat reformasi.
"Kalau kita lihat barisan pimpinan keseluruhannya, sebahagian besar itu penonjolan baru dan maknanya mengambil alih seluruh kuasa jentera parti yang pertama kali mewakili generasi kedua. Bagi saya jelas, generasi kedua adalah sesuatu yang unik dalam parti politik di Malaysia. Perubahan ini agak radikal dari segi parti." ujar beliau.
'KHEMAH BESAR' ATAU 'SOLO'?
Namun, sikap bertolak ansur perlu ada agar kepimpinan baru PKR tidak lagi berdepan dengan perpecahan dalaman.
Encik Anwar sendiri lebih memilih pendekatan 'khemah besar' iaitu menjalin kerjasama dengan parti-parti lain supaya dapat mengelakkan persaingan berbilang penjuru dalam PRU15.
Timbalan beliau, Rafizi Ramli, bagaimanapun mahu PKR berjuang secara solo.
Para pemerhati menarik perhatian kedua-dua pemimpin itu perlu mencari kata sepakat bagi memastikan prestasi baik PKR dalam PRU15 atau dilupakan para pengundi.
Encik Rafizi berkata: "Tidak ada masalah tentang itu. Komitmennya jelas dan kami bersetuju dengan baik. Saya fikir tiada lagi perdebatan dan cara ke hadapan bagi pilihan raya nanti adalah hanya memulakan usaha kami."
PKR menang 47 kerusi parlimen dalam PRU lalu tetapi bilangan itu berkurangan selepas beberapa pemimpin kanannya keluar parti dalam Langkah Sheraton pada 2020.
PKR kemudian kalah teruk dalam empat Pilihan Raya Negeri.
Lantaran itu, majlis kepimpinan baru mungkin bermakna pembaharuan baru sedang PKR berusaha membina semula platform dan meningkatkan sokongan di peringkat akar umbi merata negara.

Sumber : Bernama//fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.