Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ramai askar Korea Utara maut dalam perang Ukraine, dibiarkan bertempur tanpa perlindungan Rusia: Zelenskyy

Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy pada Jumaat (27 Dis) berkata ramai askar Korea Utara yang dikerahkan untuk bertempur dalam perang di Rusia maut dan dibiarkan tanpa perlindungan oleh tentera Rusia.

Anggaran Waktu Membaca:
KYIV: Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy pada Jumaat (27 Dis) berkata ramai askar Korea Utara yang dikerahkan untuk bertempur dalam perang di Rusia maut dan dibiarkan tanpa perlindungan oleh tentera Rusia.

Menurut Encik Zelenskyy, tentera Rusia telah mengerahkan askar-askar Korea Utara untuk bertempur tanpa memberikan mereka perlindungan secukupnya.

Tentera Korea Utara bahkan mengambil langkah-langkah ekstrem demi memastikan mereka tidak menjadi tawanan perang.

"Kehilangan nyawa di pihak Korea Utara sangat ketara. Kami dapat lihat tentera Rusia mahupun penyelia Korea Utara tidak berminat memastikan keselamatan askar-askar Korea Utara ini," katanya.

"Semuanya dirancang supaya sukar bagi kami untuk menawan askar-askar Korea Utara. Terdapat sesetengah askar yang dibunuh oleh tentera mereka sendiri. Tentera Rusia mengerahkan mereka untuk bertempur tanpa perlindungan secukupnya."

Laporan perisikan Ukraine dan negara-negara Barat menyatakan terdapat sekitar 12,000 askar Korea Utara di Kursk.

Sebelum ini, Encik Zelenskyy berkata lebih 3,000 askar Korea Utara terkorban atau pun cedera.

Menurut tentera Ukraine beberapa askar Korea Utara yang ditawan berada dalam keadaan terlalu parah sehingga sukar untuk diselamatkan.

Encik Zelenskyy juga berkata penduduk Korea 'tidak seharusnya kehilangan nyawa kerana bertempur bagi perang di Eropah".

"Ia sesuatu yang negara-negara jiran Korea, termasuk China, mempunyai pengaruh untuk mengubahnya," kata beliau.

"Jika China ikhlas dalam kenyataannya bahawa perang di Ukraine tidak harus merebak, ia perlu memberi tekanan sewajarnya ke atas Pyongyang."

Jurucakap Rumah Putih John Kirby memberitahu wartawan pada Jumaat bahawa ramai tentera Korea Utara cedera atau maut dalam pertempuran Rusia dengan Ukraine.

1,000 askar maut atau cedera sepanjang minggu lalu di Kursk.

Jumlah itu bahkan melebihi bilangan yang dilaporkan oleh pihak berkuasa Amerika sebelum ini.
Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan