Skip to main content

Dunia

Ramadan dinamakan detik penuh kebaikan di Facebook,Instagram

Anggaran Waktu Membaca:
Ramadan dinamakan detik penuh kebaikan di Facebook,Instagram

Gambar: AFP

Diterbitkan : 13 Feb 2023 10:15PM
KUALA LUMPUR: Ramadan dinamakan sebagai detik penuh kebaikan di platform milik Meta iaitu Facebook dan Instagram.

Meta mengumumkan laporan hasil penyelidikan pengguna tahunan yang dinamakan Kajian Detik Ramadan Meta, pada Khamis (9 Feb).

Kajian itu dijalankan dengan kerjasama YouGov, sebuah syarikat penyelidikan pasaran.

Lebih dari 13,000 responden di sembilan negara, termasuk Malaysia terlibat dalam kajian tersebut lapor Astro Awani.

Tinjauan di Instagram sahaja menunjukkan terdapat 13.4 juta interaksi yang menyebut tentang kebersamaan, hubungan dan komuniti sepanjang Ramadan.

Menurut Pengarah Negara Meta Malaysia Nicole Tan, dengan bilangan pengguna digital tertinggi berbanding negara lain di Asia Tenggara, Malaysia memperlihatkan kelebihan tersendiri apabila aspek kebaikan menerima capaian yang tinggi terutama sepanjang bulan Ramadan.

"Saya boleh katakan dua atau tiga perkara yang menonjol bagi Malaysia ialah aspek kebaikan sangat tinggi. Ia memuncak di Malaysia," kata Cik Tan.

"Yang kedua ialah pencipta, rakyat Malaysia memang menyukai kandungan asli oleh pencipta."

"Yang ketiga ialah mesej perniagaan, penduduk di Asia Tenggara lebih arif tentang mesej perniagaan, berbanding banyak negara lain."

"Sebanyak 99 peratus rakyat Malaysia ialah pengguna digital, jadi orang ramai membeli dalam talian dan akhir sekali tempoh perancangan kerana Ramadan adalah detik yang besar untuk kita semua."

"Orang ramai merancang lebih awal," kata Cik Tan ketika ditemui dalam sesi taklimat ringkas berhubung dapatan kajian tersebut di ibu pejabat Meta, pada Khamis (9 Feb).

Antara dapatan kajian itu ialah 92 peratus individu yang menyambut Ramadan di Malaysia gemarkan kandungan yang mempromosikan komuniti dan kebersamaan.

Penceritaan jenama juga memainkan peranan apabila 70 peratus pembeli didapati meluangkan masa yang lebih untuk menonton video online semasa Ramadan, menurut laporan Astro Awani.

Sementara itu, dua daripada tiga pembeli sukakan pengalaman beli-belah yang diperibadikan, manakala 59 peratus merasa lebih keterhubungan menerusi mesej perniagaan.

"Kami melihat bahawa pengguna pada bulan Ramadan lebih suka melibatkan diri dengan kandungan yang mempromosikan hubungan masyarakat dan kebersamaan, jadi kami menggalakkan jenama dan perniagaan."

"Jika anda melakukan penceritaan jenama, cuba membina mesej kemasyarakatan, kebersamaan dan kebaikan ini, ia menerima sambutan sangat baik di platform ini, dengan pengguna di platform kami," tambah Cik Tan.
 
Sumber : Agensi berita/AE/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita