Rakyat Vietnam laksana langkah jimat kuasa susulan gelombang haba
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP)
- Perniagaan, isi rumah dan pihak utiliti di Vietnam mengambil langkah penjimatan elektrik serta melabur dalam bumbung suria akibat permintaan tenaga yang melonjak semasa gelombang haba.
- Pemerintah memperkenalkan Arahan Perdana Menteri No. 10/CT-TTg untuk memperkukuh keselamatan tenaga dan menggalakkan pembangunan tenaga suria.
- Kawasan pelancongan seperti Pantai Cua Lo mengalami peningkatan pelawat, menyebabkan penggunaan elektrik meningkat ketara berbanding tahun lalu.
- Kempen kesedaran dan nasihat penggunaan tenaga diberikan kepada pelanggan, dengan penekanan pada penggunaan teknologi jimat tenaga demi pembangunan mampan negara.
HANOI: Perniagaan dan isi rumah di seluruh Vietnam meningkatkan langkah penjimatan elektrik dan melabur dalam bumbung suria ketika gelombang haba yang berpanjangan mendorong permintaan elektrik ke paras tertinggi, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Usaha pemerintah memperkukuh keselamatan tenaga negara adalah berpandukan Arahan Perdana Menteri No. 10/CT-TTg mengenai penjimatan tenaga elektrik dan pembangunan bumbung suria.
Pada hujung Julai, Pantai Cua Lo di wilayah tengah Nghe An sibuk dengan pelancong.
Hotel, restoran dan penyedia perkhidmatan pelancongan beroperasi pada kapasiti penuh semasa puncak musim panas.
Menurut Jawatankuasa Rakyat Cua Lo Ward, kawasan itu menyambut lebih empat juta pelawat setakat tahun ini, meningkat kira-kira 12 peratus berbanding setahun lalu.
Walaupun lonjakan sektor pelancongan telah menjana pendapatan yang ketara, ia juga telah meningkatkan penggunaan elektrik secara mendadak.
Phan Van Nhan dari Syarikat Kuasa Can Loc di Ha Tinh berkata penggunaan elektrik di kawasan itu melonjak 24 peratus pada Jun berbanding setahun lalu akibat haba melampau.
Bagi memastikan bekalan kuasa yang stabil, pihak utiliti telah meningkatkan kempen kesedaran awam dan menasihati pelanggan yang menggunakan lebih 1,000 kWj sebulan untuk mempertimbangkan sistem suria atas bumbung.
Encik Nhan berkata banyak bil elektrik tinggi berpunca daripada tabiat membazir seperti membiarkan pemanas air dihidupkan, menyalakan alat hawa dingin secara berterusan atau menghidupkan lampu tanpa keperluan.
Beliau juga menasihati isi rumah agar tidak meletakkan alat hawa dingin pada suhu yang terlalu rendah, kerana ini meningkatkan penggunaan elektrik dan memendekkan jangka hayat peralatan itu.
Dengan permintaan elektrik dijangka meningkat bersama-sama sektor perindustrian, perbandaran dan perubahan iklim, Arahan No. 10/CT-TTg akan memerlukan usaha bersama pihak berkuasa, perniagaan dan orang ramai.
Penggunaan teknologi jimat tenaga dan penggunaan elektrik secara bertanggungjawab akan membantu mengukuhkan keselamatan tenaga negara sambil menyokong matlamat pembangunan hijau dan mampan Vietnam.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.