Rakyat Turki keluar mengundi wakil tempatan
Rakyat Turki mengundi hari ini (31 Mac) dalam pilihan raya majlis-majlis perbandaran dan tempatan.
Presiden Turki Recep Tayyeb Erdogan (Gambar: AFP)
ISTANBUL: Rakyat Turki mengundi hari ini (31 Mac) dalam pilihan raya majlis-majlis perbandaran dan tempatan.
Banyak pihak menganggap keputusan pilihan raya tersebut akan mencerminkan tahap sokongan rakyat kepada Presiden Recep Tayyeb Erdogan di tengah-tengah kemerosotan besar ekonomi Turki.
Lebih 57 juta orang pengundi akan memilih datuk-datuk bandar bagi 30 kota raya serta 51 ibu kota wilayah dan lebih 900 pemimpin daerah.
Mereka juga perlu memilih para anggota parlimen tempatan serta puluhan ribu pentadbir kejiranan dan kampung.
Pilihan raya tempatan hari ini juga menjadi ujian kepada Presiden Erdogan sejak melaksanakan sistem pentadbiran yang memberi beliau kuasa lebih luas.
Parti-parti pembangkang sudah menyelaraskan pelbagai strategi bersama dan bertanding dalam beberapa perikatan untuk meningkatkan peluang bagi mengalahkan calon-calon parti pemerintah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.