Rakyat Thailand akan keluar mengundi pada 8 Feb
Seorang lelaki mengundi di sebuah pusat mengundi di Hat Yai, Thailand semasa pilihan raya umum Thailand pada 14 Mei 2023. (Gambar fail: CNA/Danang Wisanggeni)
"Hari ini, Suruhanjaya Pilihan Raya sudah melakarkan butiran pilihan raya dan mengusulkan kepada Pesuruhjaya yang bersetuju bahawa Ahad, 8 Februari 2026, akan menjadi Hari Mengundi," menurut suruhanjaya itu dalam satu kenyataan sambil menambah pengundian awal akan diadakan pada 1 Februari.
Pengumuman itu dibuat selepas Perdana Menteri Anutin Charnvirakul pada minggu lalu mendapat persetujuan diraja untuk membubarkan parlimen, sekali gus bermakna pilihan raya harus diadakan dalam tempoh 45 hingga 60 hari.
Pilihan raya yang diadakan lebih awal daripada jangkaan itu diusulkan selepas Encik Anutin berselisih dengan parti pembangkang Parti Rakyat, iaitu gabungan terbesar di parlimen, dan bertindak membubarkan parlimen di tengah-tengah konflik sempadan yang semakin memuncak dengan Kemboja.
Encik Anutin memenangi sokongan Parti Rakyat dalam persaingan merebut jawatan perdana menteri pada September lalu. Sebagai ganti, beliau akan memulakan proses untuk meminda perlembagaan negara dan membubarkan parlimen pada akhir Januari.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.