Rakyat Thai keluar mengundi pada 24 Mac
Thailand akan mengadakan pilihan raya umum untuk mengembalikan pemerintahan awam pada 24 Mac, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand (EC) pada Rabu (23 Jan). Pilihan raya yang kerap ditangguhkan itu adalah yang pertama sejak rampasan kuasa tentera pada 2014.
BANGKOK: Thailand akan mengadakan pilihan raya umum untuk mengembalikan pemerintahan awam pada 24 Mac, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand (EC) pada Rabu (23 Jan). Pilihan raya yang kerap ditangguhkan itu adalah yang pertama sejak rampasan kuasa tentera pada 2014.
"EC pada petang ini mengadakan mesyuarat dan bersetuju bahawa 24 Mac adalah hari mengundi," dedah seorang pegawai kepada para wartawan.
Pengumuman itu dibuat setelah Raja Thai meluluskan tarikh tersebut pada hari yang sama ia diusulkan.
Suruhanjaya tersebut menyatakan pada Disember lalu bahawa pilihan raya akan diadakan pada 24 Februari. Namun kerajaan tentera menyuarakan kebimbangan sekiranya acara-acara berkaitan dengan pilihan raya akan menjejas persiapan upacara pertabalan Raja Maha Vajiralongkorn yang dijadual pada 4-6 Mei.
Bulan lalu, kerajaan tentera menarik balik sekatan terhadap kegiatan politik bagi membolehkan parti-parti politik untuk berkempen.
Pilihan raya ini adalah yang pertama sejak tentera Thailand menggulingkan pentadbiran Yingluck Shinawatra hampir lima tahun lalu, merombak perlembagaan, membendung kelantangan pembangkang dan melantik sekutu-sekutu tentera menjadi anggota kerajaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.