Skip to main content

Dunia

Rakyat Taiwan keluar undi bagi tentukan nasib AP pembangkang, penggunaan kuasa nuklear

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat Taiwan keluar undi bagi tentukan nasib AP pembangkang, penggunaan kuasa nuklear

Rakyat Taiwan keluar dari pusat mengundi pada 23 Ogos 2025. (Gambar: AP)

TAIPEI: Para pengundi di Taiwan akan menentukan pada Sabtu (23 Ogos) sama ada untuk menyingkirkan tujuh anggota parlimen pembangkang daripada badan perundangan dan kembali menggunakan kuasa nuklear, lima bulan selepas reaktor nuklear terakhir ditutup.

Undi semula itu yang diadakan buat kali kedua dalam masa sebulan, adalah percubaan untuk memulihkan kawalan parti pemerintah ke atas badan perundangan selepas Parti Progresif Demokratik kehilangan undi majoriti dalam pilihan raya 2024.

Prospek untuk melakukan sedemikian kelihatan malap selepas 24 anggota Parti Nasionalis pembangkang terselamat dari pusingan pertama undi semula pada 26 Julai.

Parti Progresif Demokratif (DPP) memenangi jawatan Presiden pada 2024, namun tiada parti yang memperoleh undi majoriti dalam badan perundangan merangkumi 113 kerusi.

Parti Nasionalis, yang juga dikenali sebagai Kuomintang atau KMT, memenangi 52 kerusi, lebih satu daripada DPP.

Parti Nasionalis berganding bahu dengan parti ketiga, Parti Rakyat Taiwan, untuk meluluskan undang-undang, dan perkara itu amat membimbangkan parti DPP yang memerintah.

REFERENDUM KUASA NUKLEAR

DPP mula menghapuskan tenaga nuklear secara berperingkat, yang pernah membekalkan kira-kira 20 peratus kuasa elektrik Taiwan.

Reaktor terakhir di tiga loji nuklear pulau pentadbiran khas itu ditutup pada Mei lalu selepas beroperasi selama 40 tahun.

Namun dalam bulan yang sama, badan perundangan meluluskan usulan Parti Rakyat Taiwan untuk mengadakan pungutan suara mengenai keputusan sama ada untuk mengaktifkan semula kuasa nuklear, dengan sokongan Nasionalis.

Pungutan suara itu bertanya kepada para pengundi jika loji nuklear yang terakhir harus terus beroperasi, seandainya pihak pengawal selia bersetuju ia selamat untuk dikendalikan.

Loji Maanshan, yang sering dikenali sebagai loji kuasa nuklear ketiga wilayah tersebut, terletak berhampiran penjuru selatan Taiwan.
Sumber : AP/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita