Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rakyat S'pura di Shanghai dibekalkan makanan, keperluan asas di tengah perintah berkurung COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Konsulat-Jeneral Singapura di Shanghai menghantar bekalan makanan kepada rakyat Singapura yang tidak berupaya mendapatkan makanan sendiri. 

Semasa menjawab pertanyaan media pada Rabu (13 Apr), Kementerian Ehwal Luar (MFA) menyatakan kedutaannya di Shanghai sudah menghubungi dan membantu rakyat Singapura di bandar tersebut yang diletakkan di bawah perintah berkurung COVID-19 yang ketat. 

Bandar itu semakin tertekan untuk membendung penularan terbesar COVID-19 di China sejak koronavirus dikesan buat pertama kali di Wuhan, dengan 25,141 kes koronavirus tanpa gejala yang dilaporkan pada Selasa (12 Apr). 

Berjuta-juta penduduk terkurung di rumah mereka dan menghadapi kesulitan untuk mendapatkan bekalan keperluan harian. 

Konsulat-Jeneral Singapura sedang memantau keadaan dengan teliti dan sedang berhubungan dengan pihak berkuasa tempatan, menurut seorang jurucakap MFA. 

Pihak kedutaan juga memastikan rakyat Singapura kerap diberikan kemas kini melalui senarai Soalan Kerap Ditanya (FAQ), di samping mengadakan pertemuan secara maya pada Selasa (12 Apr). 

Menurut MFA,  Konsulat-Jeneral juga menghulurkan bantuan kepada rakyat Singapura dengan membantu mereka mendapatkan keperluan asas atau menambah bekalan ubat-ubatan, menghantar bekalan makanan kepada mereka yang tidak berupaya mendapatkan makanan sendiri dan memudahkan proses mendapatkan permit untuk rakyat Singapura pulang ke tanah air atas sebab-sebab mendesak. 

"Rakyat Singapura yang masih boleh mengakses khidmat penghantaran mungkin boleh cuba membeli keperluan asas menerusi aplikasi online atau mengambil bahagian dalam pembelian berkumpulan di kawasan kediaman mereka," ujar jurucakap MFA. 

"Mereka juga boleh mendapatkan bantuan melalui jawatankuasa kejiranan mereka. Rakyat Singapura boleh merujuk kepada akaun WeChat rasmi pihak berkuasa Shanghai yang relevan untuk mendapatkan maklumat mengenai pembekal sedia ada." 

Rakyat Singapura yang tidak berupaya mendapatkan bekalan keperluan asas walaupun setelah usaha ini dijalankan boleh menghubungi Konsulat-Jeneral untuk mendapatkan bantuan, tambah jurucakap tersebut. 

Sekalipun Konsulat- Jeneral masih diletakkan di bawah perintah berkurung, rakyat Singapura di Shanghai boleh menghubungi Konsulat-Jeneral menerusi talian kecemasan +86 138 0194 9439 atau emel singcg_sha [at] mfa.sg

Rakyat Singapura juga boleh menghubungi Pejabat Petugas 24 Jam MFA di talian +65 6379 8800/8855. 

Rakyat Singapura yang berada di Shanghai digesa supaya mendaftar online dengan MFA sekiranya mereka belum lagi berbuat demikian. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan