Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rakyat S'pura antara 12 individu dibawa keluar dari Ukraine: Wisma Putra M'sia

Seorang rakyat Singapura merupakan dalam kalangan 12 orang yang dibawa keluar dari ibu kota Ukraine, Kyiv, menyusuli pencerobohan Rusia di negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat S'pura antara 12 individu dibawa keluar dari Ukraine: Wisma Putra M'sia

(Gambar: Facebook/Wisma Putra)

SINGAPURA: Seorang rakyat Singapura merupakan dalam kalangan 12 orang yang dibawa keluar dari ibu kota Ukraine, Kyiv, menyusuli pencerobohan Rusia di negara itu.

Kumpulan itu yang termasuk sembilan rakyat Malaysia dan dua warga tanggungan Ukraine, tiba di sempadan Korczowa-Krakovets Ukraine dan Poland pada Ahad (27 Feb) sekitar 5.45 pagi, menurut Kementerian Ehwal Luar Malaysia dalam satu catatan Facebook.

Mereka diketuai Cik Fadhilah Daud, Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Malaysia di Ukraine.

"Konvoi itu disambut oleh dua pegawai dari Kedutaan Malaysia di Poland," menurut Wisma Putra sambil menambah mereka kini dalam perjalanan ke ibu kota Poland, Warsaw.

"Wisma Putra sentiasa berhubungan dengan pegawai kedutaan mengenai lokasi, keselamatan serta konvoi yang mengiringi mereka," tambahnya.

Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur dan Konsulat Jeneral di Johor Bahru menulis dalam satu catatan Facebook pada Ahad (27 Feb) bahawa ia "berbesar hati" atas bantuan yang dihulurkan Wisma Putra Malaysia kepada rakyat Singapura keluar dari Kyiv semasa keadaan sukar ini.

"A friend in need is a friend indeed! (Teman yang tampil bantu dalam keadaan memerlukan adalah teman sejati)" tambahnya.

Ia menambah bahawa keadaan di Ukraine tetap "sangat membimbangkan".

"Singapura mengutuk sekeras-kerasnya sebarang pencerobohan tanpa provokasi terhadap sebuah negara berdaulat atas apa pun alasan.

"Kedaulatan, kemerdekaan dan integriti wilayah Ukraine harus dihormati."

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan