Skip to main content

Dunia

Rakyat SG kongsi pengalaman 'menggerunkan' hadapi banjir Bali

Seorang rakyat Singapura yang sedang bercuti di Bali, menyifatkan kejadian banjir di pulau peranginan Indonesia itu sebagai satu pengalaman yang menggerunkan bagi dirinya.

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat SG kongsi pengalaman 'menggerunkan' hadapi banjir Bali

Paras air semakin surut di kebanyakan kawasan. (Gambar: Kompas)

SINGAPURA: Seorang rakyat Singapura yang sedang bercuti di Bali, menyifatkan kejadian banjir di pulau peranginan Indonesia itu sebagai satu pengalaman yang menggerunkan bagi dirinya.

Hujan lebat yang turun berterusan selama beberapa hari mencetuskan banjir di Denpasar, menyebabkan jalan-jalan utama dan akses ke lapangan terbang ditutup sementara.

Pihak berkuasa bagaimanapun menyatakan hujan sudah pun berhenti dan paras air semakin surut di kebanyakan kawasan.

"Situasi agak teruk, saya melihat orang ramai, kanak-kanak meredah air banjir setinggi paras lutut. Kereta-kereta tenggelam, rumah-rumah pula sebahagiannya ditenggelami air," kata seorang pelancong, Lisha Rodney.

Cik Lisha dan keluarganya sedang dalam perjalanan ke lapangan terbang apabila pemandu Grab terpaksa menukar laluan.

Perjalanan yang biasanya mengambil masa sekitar 50 minit, bertukar menjadi dua jam setengah.

Cik Lisha turut berkongsi, beliau tidak pasti sama ada bencana alam seperti itu dilindungi di bawah insurans perjalanan.

"Gangguan perjalanan atau kelengahan perjalanan ketika anda berada di destinasi, membolehkan anda untuk menerima pampasan tertentu untuk membayar tambahan penginapan hotel misalnya, akan dilindungi oleh insurans perjalanan.

"Sebaliknya, jika anda berada di Singapura dan membatalkan percutian disebabkan banjir teruk di destinasi anda, insurans perjalanan juga membolehkan anda untuk menerima bayaran balik atau pampasan," kata Naib Presiden, Income Insurance, Annie Chua.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita