Rakyat SG di Tokyo mengundi di tengah gelombang haba
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Mediacorp
TOKYO: Rakyat Singapura di Tokyo dicabar cuaca yang cukup panas untuk melaksanakan tanggungjawab mengundi.
Ibu kota Jepun itu sedang mengalami gelombang haba, dengan suhu sekitar 35 darjah Celsius.
Dianggarkan ada lebih 3,000 rakyat Singapura menetap di Jepun.
"Saya cuba ke pejabat siang, kemudian keluar selepas matahari terbenam jadi saya tidak banyak di bawah matahari," kongsi seorang pengundi.
Seorang lagi pengundi pula berkata: "Seperti yang anda lihat, saya banyak berpeluh. Ramai orang beritahu saya, anda dari Singapura. Anda sepatutnya sudah terbiasa dengan cuaca panas, tetapi sebenarnya itu tidak benar. Singapura tidak sepanas sini."
"Saya rasa ini adalah musim panas paling dahsyat yang pernah saya alami di Jepun," tambah seorang pengundi.
Selain memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan Jabatan Pilihan Raya Singapura (ELD), kakitangan kedutaan juga membuat persiapan untuk keselesaan pengundi di tengah-tengah cuaca panas terik.
"Apa yang kami lakukan adalah, pusat mengundi terletak dalam bangunan kedutaan yang dilengkapkan dengan alat penghawa dingin. Ada banyak tempat berteduh berdekatan kedutaan. Kami juga menyiapkan botol-botol air untuk orang ramai yang mungkin memerlukannya," kata Encik Isaac Lee, Setiausaha Pertama, Kedutaan Republik Singapura, Tokyo.
Encik Lee menambah bahawa kakitangan kedutaan itu juga bersedia untuk membantu mana-mana pengundi yang mungkin tidak selesa, terutama sekali disebabkan cuaca panas yang sedang melanda.

Sumber : CNA/NY/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.