Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rakyat Saudi di Makkah kini boleh sewakan rumah kepada jemaah Haji

Anggaran Waktu Membaca:

MAKKAH: Jawatankuasa Perumahan Jemaah di Makkah mengumumkan bahawa ia sudah menerima permintaan daripada rakyatnya untuk menyewakan rumah mereka kepada para jemaah Haji. 

Jawatankuasa tersebut menasihatkan para pemilik rumah yang ingin menyewakan unit mereka kepada jemaah supaya segera menghubungi jabatan kejuruteraan terpilih bagi menyelesaikan prosedur untuk mendapatkan permit bagi rumah mereka, lapor Saudi Gazette. 

Jabatan Datuk Bandar Makkah menyatakan, ia akan terus menerima permohonan daripada rakyatnya pada masa akan datang. 

"Terdapat sejumlah pejabat runding cara kejuruteraan yang diluluskan oleh jabatan datuk bandar dan Pertahanan Awam untuk menjalankan pemeriksaan di unit-unit perumahan untuk jemaah bagi memastikan mereka mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan memberikan sijil sewajarnya. 

"Jawatankuasa Perumahan Jemaah akan mengeluarkan permit bagi unit-unit perumahan untuk menyediakan penginapan kepada para jemaah," menurutnya, seperti dipetik Saudi Gazette. 

Jawatankuasa itu turut menggesa rakyat Saudi untuk menghubunginya bagi syarat-syarat tertentu demi memudahkan proses pemberian permit untuk menggunakan rumah mereka sebagai tempat penginapan jemaah. 

Jabatan Datuk Bandar turut menyeru semua pemilik bangunan yang ingin menyewakan unit-unit untuk memenuhi semua syarat yang ditetapkan, serta ciri-ciri keselamatan yang akan disediakan, mematuhi semua peraturan berhubung peraturan binaan dan keselamatan. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan