Rakyat S'pura mati lemas di perairan Bintan
Seorang akauntan warga Singapura meninggal dunia setelah lemas semasa melakukan kegiatan menyelam dan snorkel di Bintan pada Sabtu (23 Mac).
BINTAN: Seorang akauntan warga Singapura meninggal dunia setelah lemas semasa melakukan kegiatan menyelam dan snorkel di Bintan pada Sabtu (23 Mac).
Demikian menurut laporan yang ditukil dari media Indonesia, batamtoday.com.
Laporan itu mengenal pasti mangsa sebagai Yeo Boon Han, 37 tahun. Mayatnya ditemui di kawasan perairan Tanjung Berakit sekitar pukul 2.20 petang waktu tempatan.
Menurut Ketua Polis Bintan, Boy Herlambang: "Ketika melakukan penyelaman dan selang beberapa waktu, saat timbul di permukaan air laut. Keadaannya diduga sudah dalam keadaan tidak bernyawa."
Mendiang Yeo, tambah beliau, ditemui oleh salah seorang anggota Angkatan Laut Tentera Nasional Indonesia (TNI AL) yang kemudian bersama-sama warga setempat membawa Encik Yeo menaiki kapal peribadi ke Pusat Kesihatan(Puskesmas) Desa Berakit untuk dilakukan pemeriksaan. Namun, beliau sudah tidak dapat diselamatkan.
Menurutnya lagi, jasad Encik Yeo sudah dibawa ke rumah sakit umum daerah (RSUD) di Tanjung Pinang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.