Skip to main content

Dunia

Rakyat S'pura dinasihati tunda perjalanan tidak penting ke Hong Kong: MFA

Kementerian Luar (MFA) menasihatkan rakyat Singapura supaya tidak membuat perjalanan ke Hong Kong berikutan pergolakan di wilayah khas China itu sekarang.

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat S'pura dinasihati tunda perjalanan tidak penting ke Hong Kong: MFA

Polis menembak gas pemedih mata semasa bantahan anti pemerintah di Sha Tin, Hong Kong, pada 1 Okt 2019. (Gambar: Kin Cheung/AP)

Diterbitkan : 05 Oct 2019 03:33PM Dikemas Kini : 05 Oct 2019 03:35PM

SINGAPURA: Kementerian Luar (MFA) menasihatkan rakyat Singapura supaya tidak membuat perjalanan ke Hong Kong berikutan pergolakan di wilayah khas China itu sekarang.

Dalam satu lagi nasihat perjalanan yang dikeluarkan hari ini (5 Okt), MFA menyatakan bantahan besar-besaran di Hong Kong semakin sukar untuk diramalkan dan boleh menjadi ganas.

Lantaran itu, MFA juga menggesa rakyat Singapura di Hong Kong supaya sentiasa menjaga keselamatan mereka, berwaspada dan memantau perkembangan semasa dengan mengikuti laporan berita tempatan.

Mereka juga digalakkan supaya mendaftar secara online di laman web MFA untuk dihubungi, sekiranya perlu.

Sumber : CNA/MU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita