Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rakyat S'pura dalam kalangan 6 rakyat asing ditangkap di Bali, disyaki seludup dadah

Seorang wanita Singapura dalam kalangan enam rakyat asing yang ditangkap di Bali kerana disyaki cuba menyeludup dadah ke pulau peranginan Indonesia itu.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 18 Dec 2019 07:32PM Dikemas Kini : 18 Dec 2019 10:55PM

BALI, INDONESIA: Seorang wanita Singapura dalam kalangan enam rakyat asing yang ditangkap di Bali kerana disyaki cuba menyeludup dadah ke pulau peranginan Indonesia itu.

Lima lelaki warga asing yang ditangkap adalah rakyat Switzerland, Thailand, Chile dan Hong Kong.

Jurucakap kastam Bali berkata enam orang itu ditangkap secara berasingan sejak bulan lalu apabila tiba di lapangan terbang.

Wanita Singapura itu ditangkap pada 14 November setelah seorang pegawai imigresen menemui sebuah plastik kecil berisi 0.35 gram dadah kokain di dalam pasportnya.

Daripada lima lelaki yang disyaki, pihak berkuasa menemui ganja dan dadah 'ice'.

Sumber : CNA/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan