Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rakyat perlu fikir dengan rasional, hormati pendapat TMJ - Menteri Besar Johor

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyeru masyarakat terutamanya rakyat Johor untuk bersikap rasional dan menghormati pandangan peribadi Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sutan Ibrahim berhubung senario politik tempatan pada masa ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat perlu fikir dengan rasional, hormati pendapat TMJ - Menteri Besar Johor

Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 09 Apr 2018 04:46PM Dikemas Kini : 09 Apr 2018 04:47PM

KOTA TINGGI: Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyeru masyarakat terutamanya rakyat Johor untuk bersikap rasional dan menghormati pandangan peribadi Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sutan Ibrahim berhubung senario politik tempatan pada masa ini.

Datuk Seri Mohamed Khaled berkata semua pihak perlu berlaku adil kerana sesiapa sahaja berhak memberikan pandangan termasuk Tunku Ismail, malah ada pandangan baginda disokong oleh fakta.

"Kita perlu berlaku adil, kalau orang lain boleh beri pandangan, kenapa TMJ tidak boleh? Semua orang boleh membaca pendapat beliau itu sendiri dan membuat penilaian secara rasional berdasarkan apa yang TMJ keluarkan," kata beliau.

Beliau berkata demikian berhubung kenyataan Tunku Ismail yang dimuat naik ke laman Facebook JOHOR Southern Tigers, dua hari lalu, selepas majlis pecah tanah projek Pengerang Eco Industrial Park (PeIP) di Pengerang hari ini (9 Apr).

Datuk Seri Mohamed Khaled berkata pertimbangan yang baik juga boleh dilakukan rakyat tanpa perlu mengeluarkan kata-kata kasar hingga hilang adab dan kesopanan.

"Kalau tidak setuju pun, kita perlu hormati pendapatnya (Tunku Ismail), kita tidak perlu bertindak kasar dan menilai balik apa yang dinyatakan oleh TMJ," katanya.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan