Rakyat Palestin semakin bimbang, khidmat perubatan mungkin digantung
Anggaran Waktu Membaca:
GENEVA: Kebimbangan yang semakin meningkat disuarakan oleh rakyat Palestin dan kakitangan Doktor Tanpa Sempadan (MSF) di Semenanjung Gaza berhubung kemungkinan penggantungan perkhidmatan perubatan MSF susulan tindakan Israel yang mengancam kehadirannya. Ini sedang sistem kesihatan Gaza lumpuh hampir sepenuhnya dan menghadapi kekurangan sumber yang serius, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Ribuan pesakit dan mangsa yang cedera kini menerima jagaan perubatan pakar daripada pasukan MSF, yang beroperasi terutamanya di Kompleks Perubatan Nasser di Khan Yunis, selatan Gaza.
Pesakit dan pekerja perubatan bimbang tiada alternatif lain sekiranya pertubuhan itu terpaksa menghentikan operasinya.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad (18 Jan), MSF menyatakan Israel menggantung pendaftaran oertubuhan itu di bawah peraturan baharu yang dikenakan bagi kerja-kerja di Gaza dan Tebing Barat, tanpa menyatakan tempoh masa.
MSF menyatakan pihak berkuasa Israel mendakwa bahawa pengunduran MSF dari Gaza hanya akan memberikan kesan yang terhad, dakwaan yang ditolak sekeras-kerasnya sebagai "sama sekali tidak benar".
Mohammed Abu Jasser, penyelia unit rawatan kebakaran MSF, berkata pasukan itu sedang merawat pesakit yang mengalami patah tulang, pelbagai kecederaan dan kesan lecur yang teruk.
Beliau memberi amaran bahawa tindakan menghalang MSF daripada beroperasi di Gaza akan membawa kesan negatif yang serius, terutamanya berkaitan kemasukan bekalan perubatan dan delegasi perubatan pakar.
MSF juga memberi amaran bahawa sistem kesihatan Gaza kini berada di ambang keruntuhan akibat peperangan, sementara keperluan untuk perkhidmatan perubatan penting terus meningkat secara mendadak.
Sektor kesihatan di Gaza kekal tidak berfungsi sebahagian besarnya disebabkan kekurangan akut bahan api, peralatan perubatan dan ubat-ubatan, yang diburukkan lagi oleh sekatan Israel terhadap kemasukan bantuan perubatan.

Sumber : AP/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.