Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rakyat Palestin mahu tindakan bukan sekadar kata-kata susuli keputusan ICJ

Anggaran Waktu Membaca:
DEIR AL-BALAH: Dipaksa keluar dari rumahnya akibat serangan Israel ke atas Gaza yang sudah berlarutan selama tujuh bulan, Salwa al-Masri hanya menyimpan sedikit harapan agar keputusan mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang mengarahkan Israel supaya menghentikan serangannya di Rafah, dapat meringankan beban penderitaan yang dialaminya.

"Pembunuhan beramai-ramai semakin meningkat," ujarnya, sambil beliau sibuk memasak di luar khemah di Deir al-Balah.

"Mereka tidak boleh mengatakan satu perkara, sedangkan tindakan yang diambil adalah perkara yang berbeza," tekan Cik Masri, yang melarikan diri daripada rumahnya di utara Gaza sebelum ini dalam perang tersebut. "Kami ingin keputusan ini dilaksanakan."

Para hakim Mahkamah Dunia, atau juga dikenali sebagai Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), mengarahkan Israel pada Jumaat agar menghentikan serangannya di Rafah. Ia sekali gus merupakan keputusan kecemasan penting berhubung kes yang dibangkitkan Afrika Selatan, yang menuduh Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai dalam serangannya ke atas Carikan Gaza.

Mahkamah Dunia itu bagaimanapun tidak mempunyai cara untuk menguatkuasakan perintahnya. Menteri kabinet perang Israel Benny Gantz mengatakan Israel akan meneruskan "perangnya" yang adil dan diperlukan terhadap kumpulan Hamas supaya dapat mengembalikan tebusannya dan memastikan keselamatannya.
Sumber : Reuters/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan