Rakyat Palestin dirawat di Malaysia akan dihantar pulang apabila gencatan senjata dicapai
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/Khaled Nordin)
KUALA LUMPUR: Rakyat Palestin yang sedang dirawat di Malaysia hanya akan dihantar pulang ke negara mereka apabila keadaan bertambah baik, atau sekurang-kurangnya gencatan senjata kekal dicapai semua pihak.
Menteri Luar Malaysia Mohamad Hasan berkata tidak wajar sekiranya rakyat Palestin berkenaan dihantar pulang ketika gencatan senjata masih belum berlaku.
“Sekurang-kurangnya apabila gencatan senjata kekal dipersetujui semua pihak, barulah kita akan rancang bagaimana untuk menghantar mereka pulang, mereka tidak mahu tinggal di sini, mereka mahu dihantar pulang ke tanah air mereka.
"Jadi, jangan risau bagi mereka yang bimbang rakyat Palestin ini akan tinggal di sini selama-lamanya, saya tidak fikir itu yang mereka mahu. Mereka mahu kita menghantar mereka kembali," katanya kepada pemberita ketika melawat Laman Media di Perhimpunan Agung UMNO 2024 Kuala Lumpur pada Sabtu (24 Ogos).
Dua pesawat Airbus A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia membawa 41 rakyat Palestin yang cedera dan 86 waris mereka akibat serangan berterusan Israel, tiba di Pangkalan Udara Subang kira-kira pukul 2.00 petang, pada 16 Ogos lepas.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan Malaysia Mohamed Khaled Nordin berkata, tiada misi kedua membawa lebih ramai rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia setakat ini.
Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.