Skip to main content

Dunia

Rakyat Pakistan keluar mengundi di tengah pergolakan politik, krisis ekonomi

Anggaran Waktu Membaca:
ISLAMABAD: Rakyat Pakistan keluar mengundi pada Khamis (8 Feb) bagi memilih pemerintah dan Anggota Dewan Rakyat yang baharu.

Sekitar 128 juta rakyat Pakistan layak mengundi.

Persaingan sengit dijangkakan antara calon yang disokong mantan perdana menteri yang dihukum penjara, Imran Khan, yang partinya Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) memenangi pilihan raya lalu, dan Nawaz Sharif daripada Parti Liga Muslim Pakistan (PML-N), yang pernah memegang jawatan perdana menteri sebanyak tiga kali.

Pilihan raya negara itu ditangguh selama setahun sedang Pakistan bergelut dengan pergolakan politik dan ekonomi yang tidak stabil.

Para penganalisis berkata cabaran-cabaran tersebut akan menjadikannya sukar bagi sesiapa sahaja yang menjadi presiden seterusnya, untuk memulihkan negara.

Mantan Perdana Menteri Nawaz Sharif yang memerintah Pakistan selama tiga penggal sebelum ini, dilihat sebagai calon paling popular.

Pemimpin Parti Liga Muslim Pakistan (PMLN) itu telah disingkirkan daripada jawatannya pada 2017 selepas didakwa kerana rasuah.

Beliau kembali dari London tahun lalu selepas hidup dalam buangan, dan berikrar akan membina semula ekonomi negara yang dibelenggu kadar inflasi yang tinggi, nilai mata wang yang tidak stabil, serta simpanan pertukaran asing yang terhad.

Seorang lagi calon utama ialah pengerusi Parti Rakyat Pakistan, Bilawal Bhutto Zardari.

Tokoh politik berusia 35 tahun itu adalah calon termuda dalam pilihan raya kali ini.

Beliau menuduh para pesaing politiknya cuba memecahbelahkan rakyat atas dasar agama, puak atau kaum.

Encik Bilawal berjanji akan menghuraikan masalah kemiskinan, inflasi dan pengangguran di Pakistan.

"Faktor penentu ialah pihak mana tentera dan agensi keselamatan akan menyokong," kata Encik Abbas Nasir, seorang kolumnis.

"Hanya (kehadiran jumlah penyokong yang besar) yang memihak kepada PTI boleh mengubah nasibnya."
Sumber : AGENCIES/AY/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita