Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rakyat M'sia mahu kerajaan pulihkan ekonomi bukan PRU

Anggaran Waktu Membaca:
KOTA BHARU: Parti PAS berpandangan rakyat tidak mengharapkan Pilihan Raya Umum diadakan pada waktu ini.

Sebaliknya, Naib Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah berpendapat, rakyat inginkan kerajaan menumpukan usaha kepada pemulihan ekonomi, termasuk mengatasi masalah kenaikan harga barang dan kos sara hidup, menurut Astro AWANI.

Tambah Encik Mohd Amar lagi, tiada keperluan pilihan raya diadakan dalam waktu terdekat.

Beliau melihat desakan bersifat politik dan mempunyai agenda tersirat.

Justeru, kata beliau, ahli politik wajar tunggu sahaja tamat penggal Parlimen ke-14 yang berbaki beberapa bulan sahaja lagi, lapor Astro AWANI.

"Saya lihat rakyat tidak mengharapkan pilihan raya sebab isu bagi rakyat hari ini adalah isu ekonomi, masalah sara hidup, masalah harga barang, itu sebenarnya bagi rakyat.

"Sebab itu pada pandangan saya, saya selalu sebut dua tiga kali, sepatutnya kita bagi peluang kepada Perdana Menteri untuk bekerja bagi menyelesaikan isu-isu yang rakyat hadapi ketika ini.

"Kalau kita buat pilihan raya dalam keadaan rakyat ini tertekan dan sebagainya, kos pilihan raya ini besar, jadi bagi saya, tidak ada keperluan sebenarnya," jelas beliau.

Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi pada sesi taklimat khas UMNO pada Sabtu (27 Ogos) sekali lagi mengulangi Pilihan Raya Umum perlu diadakan segera.

Jelas Encik Ahmad Zahid, mandat perlu dikembalikan kepada rakyat dan desakannya supaya diadakan pilihan raya itu merupakan suara akar umbi UMNO.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan