Rakyat M'sia hargai Pakej Rahmah bagi servis kereta pada kos berpatutan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Bernama
KUALA LUMPUR: Orang ramai secara umumnya memuji pakej Rahmah bagi perkhidmatan servis kenderaan pada kadar harga berpatutan. Malah, sesetengah penduduk berpendapat ia merupakan inisiatif terbaik diperkenalkan Kerajaan Perpaduan bersempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Pegawai Kanan Pendidikan Persatuan Pengguna Pulai Pinang (CAP) N.V. Subbarow berkata pakej itu merupakan hadiah terbaik kepada orang ramai kerana ia pastinya dapat meringankan beban ramai pemilik kenderaan.
Beliau bagaimanapun mengingatkan bahawa kerja-kerja membaiki atau menyenggara kenderaan pada masa kini membabitkan kos yang tinggi dan pengguna perlu berhati-hati dalam soal caj perkhidmatan yang ditawarkan.
“Pemilik kenderaan perlu memeriksa harga sebelum memberi kebenaran untuk kenderaan mereka dibaiki. Jangan benarkan bengkel kenderaan memberikan perkhidmatan yang buruk semata-mata kerana ia pakej Rahmah. Pengguna perlu mendapat resit bagi setiap perkhidmatan. Pakej Rahmah bukan bermakna perkhidmatan yang buruk,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi baru-baru ini.
Beliau turut menggesa pihak berkuasa yang berkaitan supaya meletakkan borang-borang maklum balas di semua bengkel kenderaan yang menyediakan pakej Rahmah berkenaan. Ini bagi memeriksa pandangan ramai pemilik kenderaan berhubung perkhidmatan yang diberikan oleh bengkel terlibat, di samping caj yang dikenakan.
Seorang pemilik kereta Proton Saga Ezzaty Mastor berkata Pakej Rahmah akan membantu menjimatkan perbelanjaannya, sekali gus membolehkan beliau menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan lebih selesa.
“Saya berterima kasih kepada kerajaan kerana memperkenalkan inisiatif ini bagi jenama kereta tempatan (Proton dan Perodua). Dalam suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri yang masih terasa, kini saya boleh pergi servis kereta,” kata akauntan berumur 27 tahun itu.
Pemilik Perodua Axia, Mohamad Azli Mohd Zarin, 30 tahun, pula berkata beliau melihat Pakej Rahmah itu sebagai inisiatif besar kerajaan. Namun, beliau berharap bengkel-bengkel kenderaan yang menyediakan perkhidmatan itu tidak mengambil kesempatan menerusi pakej tersebut untuk menawarkan alat ganti lama atau menjual aksesori kenderaan yang sebenarnya tidak diperlukan.
“Agak menjengkelkan jika kita lihat bagaimana mereka cuba meraih lebih banyak keuntungan apabila ada sahaja kesempatan. Saya faham bahawa masa sukar untuk semua pihak ketika ini tetapi perbuatan mengambil kesempatan tidak akan meninggalkan kesan yang baik kepada pelanggan.
“Saya sangat berharap pihak bengkel kenderaan hanya menyediakan apa yang benar-benar diperlukan oleh pelanggan mereka sahaja. Namun dari satu segi, saya amat menghargai inisiatif kerajaan yang mengambil berat soal rakyat dalam aspek penyelenggaraan kenderaan,” katanya.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 13 April mengumumkan bahawa Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersama Proton dan Perodua telah melancarkan Pakej Rahmah untuk servis kenderaan bermotor pada harga yang lebih murah dan pakej itu sah sehingga 31 Mei.
Beliau berkata ia adalah usaha kerajaan MADANI Malaysia dan semua pihak, terutamanya pemain dalam pelbagai industri seperti industri runcit, makanan dan minuman, tekstil, hospitaliti, pembuatan berasaskan makanan serta automotif, untuk membantu rakyat Malaysia.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.