Rakyat Mexico, AS yang tinggal di sempadan bidas ancaman Trump tutup sempadan
Rakyat Mexico dan Amerika Syarikat yang tinggal di kawasan sempadan membidas ancaman Presiden Donald Trump untuk menutup sempadan kedua-dua negara sebagai tindakan yang boleh menjejas ekonomi kedua-dua pihak.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. (Gambar: Jacquelyn Martin/AP Photo)
WASHINGTON: Rakyat Mexico dan Amerika Syarikat yang tinggal di kawasan sempadan membidas ancaman Presiden Donald Trump untuk menutup sempadan kedua-dua negara sebagai tindakan yang boleh menjejas ekonomi kedua-dua pihak.
Presiden Trump mengancam untuk menutup sama sekali sempadan Amerika-Mexico jika Kongres tidak meluluskan pembiayaan berbilion dolar bagi membina tembok di situ.
Puluhan ribu orang rakyat Mexico menyeberang sempadan ke Amerika setiap hari untuk bekerja atau belajar. Jadi, penutupan kawasan sempadan itu boleh menjejas kehidupan seharian, malah menutup periuk nasi mereka.
Rakyat Mexico yang bekerja di Amerika, dan juga rakyat Amerika yang bekerja di Mexico berkata merekalah yang akan teruk terjejas dengan tindakan Trump itu.
Bahkan kata mereka ekonomi kedua-dua pihak yang saling bergantungan akan terjejas.
Presiden Mexico, Lopez Obrador mengambil pendirian yang berhati-hati. Menurutnya isu pembiayaan itu adalah soal dalaman pemerintah Amerika, namun menegaskan bahawa Mexico akan mempertahankan kedaulatannya dan hak pendatang untuk berhijrah.
Presiden Trump dalam catatan di Twitter membidas undang-undang imigresen Amerika selama ini sambil menuduh beberapa negara Amerika tengah, 'mengambil kesempatan terhadap Amerika sejak bertahun-tahun lalu."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.