Rakyat Malaysia kecewa perlu MyDigital ID untuk log masuk aplikasi MyJPJ bermula 10 Okt
MyDigital ID ialah sistem serupa dengan sistem pengenalan Singpass Singapura.

Aplikasi MyJPJ digunakan untuk melihat dan membaharui lesen memandu serta cukai jalan raya. (Gambar: CNA/Zamzahuri Abas)
Aplikasi MyJPJ digunakan untuk melihat dan memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan seseorang, serta melihat sijil pemilikan kenderaan seseorang.
MyDigital ID ialah sistem serupa dengan sistem pengenalan Singpass Singapura.
Pada 1 Dis tahun lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjadi yang pertama mendaftarkan pengenalan digitalnya.
Menurut Menteri Digital Gobind Singh Deo, menjelang 10 Julai ini, kira-kira 466,000 rakyat Malaysia termasuk kakitangan awam sudah mendaftar.
Aplikasinya untuk telefon bijak tersedia pada Ogos.
Pengumuman JPJ pada Selasa (1 Okt) menjadikannya agensi kerajaan pertama yang mewajibkan penggunaan ID MyDigital untuk mengakses sesuatu perkhidmatan, lapor akhbar Malay Mail.
Netizen menyuarakan kebimbangan tentang masalah yang mungkin dihadapi mereka yang kurang celik teknologi.
Selain itu, masa yang singkat diberikan iaitu sembilan hari sebelum pelaksanaannya.
Mereka juga bimbang mengenai keselamatan siber dan mempersoalkan sebab JPJ tidak menjadikan MyDigital ID sebagai satu pilihan dan bukannya diwajibkan. Ada juga yang merungut bahawa aplikasi MyDigital ID sering sangkut (langging) dan lambat.

"Sudah dua hari saya cuba dan setiap kali berakhir dengan paparan berlaku kesilapan, server ambil terlalu lama untuk respon, " komen pengguna Facebook Daniel Wang.
"Sila betulkan masalah sebelum 'memaksa' kami menggunakannya," tulis seorang lagi netizen Kp Fong.
MyDigital ID bertujuan untuk menjadi sistem pengesahan tunggal yang diperlukan untuk rakyat Malaysia log masuk ke pelbagai aplikasi dan portal.
MyDigital ID Sdn Bhd, yang mengendalikan aplikasi itu, berkata awal tahun ini bahawa ia telah menyepadukan akses kepada beberapa perkhidmatan kerajaan seperti aplikasi MyJPJ, Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) Mudah Alih, MySejahtera, dan portal MyGov.
Lebih banyak perkhidmatan kerajaan akan disepadukan dengan platform itu, tambah badan itu, yang merupakan anak syarikat Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia Mimos Berhad, yang membangunkan aplikasi MyDigital ID.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.