Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rakyat M'sia imbau kembali detik-detik manis dengan Sultan Muhammad

Ramai di kalangan rakyat Malaysia menzahirkan rasa terkejut dan sedih dengan berita peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat M'sia imbau kembali detik-detik manis dengan Sultan Muhammad

Sultan Muhammad V. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 07 Jan 2019 08:12AM Dikemas Kini : 07 Jan 2019 08:23AM

KUALA LUMPUR: Ramai di kalangan rakyat Malaysia menzahirkan rasa terkejut dan sedih dengan berita peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Meskipun tertanya-tanya sebab beliau mengambil keputusan meletak jawatan, mereka tetap melahirkan penghargaan atas khidmat Sultan Muhammad V sepanjang memegang jawatan tertinggi negara.

Sepanjang dua tahun berada di atas takhta, beliau dikenali sebagai seorang pemimpin berjiwa rakyat, rendah diri dan pandai berjenaka.

Menerusi kiriman tweet semalam (6 Jan), ramai warga siber mengimbas kembali beberapa jenaka dan usikannya ketika memulakan ucapan pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Parlimen ke-14 pada Julai lalu.

Ketika itu, Sultan Muhammad V dengan selamba berkata: "Tuan Yang Dipertuan Dewan Rakyat, Tuan Yang Dipertuan Dewan Negara dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Sila duduk dan jangan lari."

Jenaka itu kemudian disambut dengan gelak ketawa Ahli Parlimen yang berada dalam Dewan Rakyat, lapor Astro Awani dan menjadi bahan perbualan di media sosial. 

Beberapa pemimpin negara turut menzahirkan rasa sedih dengan peletakan jawatan Sultan Muhammad V, yang pertama berlaku dalam sejarah Malaysia, negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.

Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar berterima kasih kepada Sultan Muhammad V kerana memberi pengampunan penuh kepada ayahnya, Encik Anwar Ibrahim.

“Semoga Malaysia tidak meneruskan lagi penahanan mana-mana tahanan politik,” kata Cik Nurul Izzah dalam kiriman tweetnya.

Sementara itu bekas perdana menteri Najib Razak dalam catatan ringkas Facebooknya melahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sultan Muhammad V atas khidmatnya sebagai Yang di-Pertuan Agong XV.

"Kami rakyat Malaysia berdoa agar Tuanku sentiasa dikurniakan kesihatan dan dilindungi Allah SWT. Dirgahayu Tuanku. Daulat Tuanku!," tulisnya.

Rata-rata, ramai netizen tertanya-tanya siapakah pengganti kepada Sultan Muhammad V. 

Sumber : Bernama/Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan