Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rakyat M'sia beri sokongan sangat memberangsangkan terhadap HSR KL-S'pura

Projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR) menerima sokongan memberangsangkan daripada rakyat Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat M'sia beri sokongan sangat memberangsangkan terhadap HSR KL-S'pura

Konsep reka bentuk bagi stesen Muar di laluan HSR KL-S'pura. (Gambar fail: MyHSR)

Diterbitkan : 08 Feb 2018 06:38PM Dikemas Kini : 08 Feb 2018 07:08PM

KUALA LUMPUR: Projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR) menerima sokongan memberangsangkan daripada rakyat Malaysia.

Ini menyusuli latihan pemeriksaan awam yang dijalankan selama tiga bulan oleh MyHSR Corporation, iaitu agensi yang menyelia projek itu di Malaysia.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini (8 Feb), MyHSR Corporation menyatakan latihan itu berkahir pada 31 Januari 2018 dan menerima lebih 35,000 respons, jumlah tertinggi maklum balas yang diterima bagi projek pengangkutan awam berasaskan kereta api di Malaysia.

Sekitar 95 peratus maklum balas yang diterima daripada para pengunjung dan responden tinjauan menyokong projek HSR, dengan 98 peratus respons positif dari Kuala Lumpur dan Johor.

Latihan itu memberi peluang kepada orang ramai untuk mengetahui tentang projek HSR KL-SG seperti pelan jajaran, lokasi tujuh stesen HSR di Malaysia, ciri-ciri dan susun atur stesen tersebut.

Lebih 130 kaunter ditempatkan di lokasi-lokasi utama antara Kuala Lumpur dengan Iskandar Puteri, menurut MyHSR Corp.

“Langkah menempatkan kaunter di kawasan tumpuan ramai juga membolehkan pasukan kami mengumpulkan maklumat mengenai cara-cara untuk menambah baik projek berkenaan.

"Usaha melibatkan orang ramai secara berterusan dalam projek itu juga sememangnya menjadi matlamat kami," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal.

Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan